Thursday, March 22, 2007

Bau mawar perkuat daya ingatan

WASHINGTON: Hidu bau bunga mawar jika mahu daya ingatan yang lebih baik, dakwa penyelidik Jerman, kelmarin.

Pengkaji mendapati, haruman dapat mengaktifkan semula memori baru dalam otak ketika tidur dan sukarelawan kajian itu mengingati perkara sebelumnya dengan lebih baik.

Menulis dalam jurnal Science, saintis itu berkata, kajian mereka menunjukkan bahawa daya ingatan semakin kuat ketika tidur, dan menunjukkan bahawa bau dan kemungkinan rangsangan lain dapat menguatkan laluan pembelajaran otak.

Pensyarah Universiti Lubeck di Jerman, Jan Born, dan rakannya menggunakan 74 sukarelawan yang belajar bermain permainan seperti ‘Concentration’ yang memerlukan mereka mencari pasangan objek atau kad yang sepadan dengan mengalih cuma satu pada satu-satu masa.

Ketika melakukan tugasan itu, ada sukarelawan menghidu bunga mawar dan kemudian tidur dalam tiub MRI.

Fungsi gema imej magnetik digunakan untuk ‘memantau’ otak mereka ketika tidur. Pada pelbagai tahap ketika tidur, pasukan Born mengeluarkan bau bunga mawar yang sama.

Sukarelawan diuji sekali lagi keesokan hari mengenai apa yang dipelajari.

“Selepas tidur dengan bau-bauan, peserta mengingati 97.2 peratus padanan kad yang dipelajari sebelum tidur,” tulis penyelidik.

Bagaimanapun, mereka cuma mengingati 86 peratus padanan kad jika tidak mendapat bau bunga mawar ketika tidur.

Bro Rick Says....
Kalau hidu bunga tahi ayam..agak2 nya macam mana ek??? boleh kuatkan daya ingatan atau tidak..nie yg muskil....heheheheee

No comments: