Saturday, August 4, 2007

R1...1000cc

R1...1000cc


( R1, 1000cc,Warna Kelabu, And Black Chasis, Special edition )



Hi Semua, hari ni Rick nak tunjukkan pada anda semua motor baru Rick, yg baru dibeli, nama jer baru tapi 2nd hand la....

Modelnya ialah ( Yamaha R1, 1000cc )
Warna Kelabu/Hitam
Harga RM38,000

Sebenarnya da lama Rick idamkan motor ni, tapi baru kini berkesempatan memilikinya, motor ni asalnya dimiliki oleh kawan Rick dari singapore, so dia nak jual, sebab nak beli motor yg lebih kecil sikit cc nya, kerana motor R1 ni terlalu power, boleh kirakan banyak Bikers yg nak cari motor ni...

Motor ni maximum speed yg Rick pernah bawa sekitar 280km/h, boleh lagi sampai ke 300km/h, tapi la...kecut perut...motor ni banyak keistimewaan juga, kerana ia full injection, digital meter dan auto oiling chain...memang best..rasa x puas kalau pergi round2 sekadar sekejap jer...

Semalam, dari Melaka ke Seremban, Rick ambil lebih kurang 15minit jer untuk sampai ke Seremban, purata kelajuan sekitar 220km/h, kalau polis traffik nak kejo..rasanya makan asap jer la gamak nyer!