Tuesday, April 10, 2007

Kisah Benar

Forwarded mail:............
cerita ni dipetik dari forum *&*%&**%
kisah2 macam ni kita biasa baca kat novel atau tengok drama..
tapi ada jugak terjadi di alam realiti..insaf gila bila baca..
boleh di jadikan ikhtibar buat kita..

inikah balasan ku?

hari ini aku terpanggil nak meluahkan ape yang terbuku dlm hati
ku..sebelum hanya seronok membaca masalah keluarga disini, dan
akhirnyer...

Minggu lepas , anak dara kesayangan aku telah dicabul..aku tak nak
cerita secara detail, kerana terlalu perit untuk aku harungi. Anak aku
baru berusia 12 thn, tapi kena cabul dengan orang yang sangat aku
percaya, guru mengaji. Hati bapa mana tak gusar, sekarang selepas buat
report pada polis dan medical checkup, anak aku dah macam orang hilang
ingatan, hysteria. Aku sedih sangat, setiap malam aku berdoa agar
pulihkan semangat anak aku dan semoga Allah mengampunkan dosa2 ku yang
lalu.

Sekarang aku sedar, apa yang terjadi pada anak aku, adalah dari
kesilapan lampau aku.
Dulu aku ada affair dengan seorang gadis berumur 22 thn, 2 tahun dahulu.
Pada awalnyer hanya sebagai kawan dikala aku kesepian. Masa tu aku ada
masalah rumahtangga dgn isteri aku.
Nak dijadikan cerita aku ada buat benda tak elok pada this girl. Aku
namakan die Ayu.

Setiap kali dating dengan Ayu, nafsu sentiasa meluap2..tau2 la suami
yang dah lama tak diberi makan isteri. Masa tu aku berniat nak tut2
dengan Ayu.
Tapi Ayu ni gadis yang baik, even aku nak pegang pun die tak bagi,cium
apetah lagi. Aku juga menipu ayu aku adalah duda. Hubungan aku dengan
die berjalan lancar selama 5 bulan.

Oleh kerana tak tahan nafsu ku ini, satu hari aku ajak ayu pergi
karaoke.
Di situ aku dah plan sesuatu. Aku ada memasukkan pil khayal dlm minuman
ayu. Lepas aku tengok die high, aku cepat2 bawa die check in di hotel
berdekatan. Dek dihasut nafsu yang meluap2, aku bersetubuh dengan ayu
tanpa ayu sedari. Nikmatnyer tak terkata..namun selepas menyedari
keesokkan paginyer, aku menyesal, ayu pulak menangis sekuat hati..

Dalam keadaan huru hara tu, aku berjanji pada ayu aku akan
bertanggungjawab di atas segala kesalahan aku. Masa tu aku piker nak
nikah dengan ayu, memandangkan hubungan aku dengan isteri dah di ambang
maut.

Selepas berjanji dengan ayu, aku pun menghantar pulang ayu kerumah sewa.
Sambil ayu menangis ter esak2,ayu merayu jangan tinggalkan die dalam
keadaan mcm ni. Aku berjanji dan bertekad akan tebus kesalahan aku..nak
nikah jugak dalam masa terdekat.

Nak dijadikan cerita, balik saja rumah, isteriku melayan aku dengan baik
sekali, tiba2 aku rasa bersalah yang amat pada isteri, sambil melihat
wajah
anak2 ku yg masih kecil, aku tak sanggup nak menduakan isteriku..aku
masih sayang pada isteriku..

Bile terfikir tentang ayu, aku rase bersalah yg amat pada
isteriku..sejak itu isteriku melayan dengan baik, seperti kami bercinta
balik. Ingatan aku pada ayu makin pudar. Ayu pula semakin paranoid,
pabila aku bersikap acuh tak acuh, kerana aku masih saying pada keluarga
aku. Janji yg aku tabor pada ayu, hanya janji manis saja.

Aku cuba jauhkan diri aku pada ayu, supaya aku setia pada keluarga aku.
Ayu pula makin menekan aku supaya menikah dengan dia walau apa yang
terjadi.

Satu hari yang tak disangka, pabila aku pulang kerumah, aku nampak
kereta ayu didepan rumah ku, aku tecari2 ayu dimana die. Dlm perjalanan
menuju kerumah aku terdengar riuh rendah suara perempuan bergaduh..aku
panic, tapi ape yang terjadi aku akan hadapi.
Bila melangkah masuk kerumah, aku lihat ayu merayu2 melutut depan
isteriku, dengan muka bengis isteriku, isteriku ceritakan segalanya.
Isteri memberitahu perempuan gila ini, telah ada menjalin hubungan
dengan aku dan die mau aku bertanggungjawab. Ya Allah, aku hampir pitam.
Namun isteriku tak marahkan aku, sebaliknyer menendang dan menampar ayu
sepuas2 puasnye. Aku pula bingung. Dengan lantas aku buat cerita ayu ni
perempuan murahan, sudah pasti selalu main dengan jantan lain,

Tanpa rase bersalah aku menarik ayu dan menghalau die keluar dari rumah.
Menangis ayu melihat tingkah laku aku, tapi apakan daya, aku tak mau
rahsia aku pecah. Ayu siap bersumpah dgn nama Allah, anak yang dikandung
ini adalah hasil kerja keji aku dulu. Ayu pregnant?aku hamper pengsan
lagi..dan ayu juga melafazkan' aku benci kau, aku benci kau dan
keturunan kau, aku doakan agar semua keturuanan kau mati dirogol'..terus
ayu menghilangkan diri.

Selepas kekecohan itu, isteriku face to face dengan aku, siapa ayu?aku
dengan tenang mengatakan ayu ni bekas pekerja aku, pernah sakit mental
selepas ditinggalkan kekasih lama.oleh kerana aku selalu mendengar
keluhan hati die, die naik syok dengan aku..
Isteriku tak puas hati tapi die siap warning jikan benar aku takde ape2
affair dengan ayu, die maafkan aku, kalau tak die akan minta cerai.

Kerana sayangkan isteri aku bersumpah mmg aku tiada affair dengan ayu.
Keesokkan harinyer, aku cube call ayu untuk memutuskan hubungan dengan
ayu.
Sebaik ayu menangkat telefon terus die hysteria dan menyumpah2 aku..
sumpah yang aku masih teringat2.. 'aku doakan keturunan kau semua mati
kena rogol'..

Semenjak itu, ayu hilang, dan berita terakhir aku dengar ayu sudah
meningal dunia tahun lepas. ..

Sekarang bila terfikir balik, adakah ini balasan tuhan kepada aku?
Aku menangisi nasib aku, anak2 aku..
Apa harus aku buat, perlukah aku meminta maaf dari ayu, tapi ayu sudah
tiada..
Aku bingung,..setiap malam aku buat semayang sunat,taubat. ..tapi
bayangan ayu selalu hadir dlm minda ku...

Dan paling sedih, perkara sama berlaku pada anak
gadisku...perit. .sungguh perit

Bro Rick Says....
Buat baik berpada-pada....buat jahat jgn sekali....

1 comment:

Munajat Fil Lah said...

jd sentiasa la kita untuk mengigatkan kepada allah. jgn terdaya dgn mainan iblis yg cuba mnyesatkan lg kita.
disini sy ade mnyediakan jualan madu asli.
jika berminat blh la sms/contact untuk sebarang tempahan: nas- 0193657837