Monday, April 2, 2007

Disebalik Kematianku.........

Semalam aku balik keja lebih kurang dalam pukul 8pg....perut aku pagi semalam
memang lapar benar, bayangkan aku hanya makan sekali pada waktu break, sedangkan ada 3 break dan bekerja 12 jam pula tu...penat, lapar, dan letih bercampur ketiga-tiga nya.

Sebab terlalu lapar, aku singgah sebentar di warung mamak dibelakang tempat kerja ku
untuk makan sarapan, aku suka makan roti sardin disitu, sebab memang sedap dan special, memang kegemaran aku kalau roti sardin ni, so kat kedai tu x ramai org cuma aku dan seorg pakcik, yg betul2 lapar dan sedang menikmati hidangan nya...

Aku x banyak bercakap dgn pakcik tu, tapi sekadar senyum sahaja,sedang aku menunggu
hidangan aku, datang 2 org sahabat pakcik tersebut dan duduk semeja dgn ku, mereka
bersalaman dgn pakcik dan aku, peramah betul pakcik ni semua, aku sebagai org muda
merasa terharu, jika org yg lebih tua menghormati kita, bagi aku kalau sekali org tua menghormati kita, 10 kali balasannya yg kita harus gandakan untuk menghargai mereka.

Berbual2 punya pasal, sampai mereka bercerita tentang seorg org kampung mereka yg
meninggal semalam, budak yg meninggal tu masih muda, dalam lingkungan 20 tahun,lebih menyedihkan seorg pun tidak tahu akan kematian budak tersebut, sehingga hari kedua, baru ramai org mengesaki yg budak tersebut tidak keluar dri rumah seperti hari2 yg lalu.Sehingga tubuh budak tu mengeluarkan air dan kembung...sedih sebenarnya aku mendengar cerita pakcik tu..cukupla sekadar aku ceritakan basic nya sahaja...kpd korang semua.

Lebih merunsingkan aku, bila sampai dirumah, aku tak boleh pejamkan mata, asyik teringgat ceritapakcik tu tadi, terasa macam terkilan kiranya, kalau aku ditempat budak tersebut, meninggal didalam bilik yg dikunci, tanpa ada org disisi, dan tak sempat meminta maaf dan halalkan makan dan minum.Terasa sebak dihati ni sebenarnya.Kalau boleh jika aku mati kelak, jgn la ditakdirkan sebegini,kalau boleh aku nak bersama org yg aku sayang, biarlah aku melihat mereka buat kali terakhir.

Aku berfikir lagi...jika aku mati nanti, siapakah yg akan menjaga blog aku ini, siapakah yang akanmengupdatenya, dan adakah pengunjung setia menyinggah lagi....aku melelehkan airmata ku sejenak,adakah tanpa aku, blog ini masih bernyawa dan bernafas???

Fikiran ku belegar-legar sebentar,memikirkan lagi apa yg terjadi nanti.....sesudah aku tiada lagi....

No comments: