Tuesday, April 17, 2007

Cabaran BKS...

Ambik Kau....



Cabaran BKS akan bermula Hari Selasa Ini Pada Pukul 2ptg....

Ramai Yang masih x tahu apa itu Blogger Kick Start...

Dibawah ini adalah serba sedikit syarat dan tema pertandingan.....

Pengenalan

Blogger Kick Start adalah salah satu Program yang mana tujuan Utama dibuat adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama Blogger serta sekaligus dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan secara langsungnya.. Blogger Kick Start diadakan juga adalah semata-mata untuk mewarnai Dunia Blogging yang semakin hari semakin meriah dengan kehadiran blogger-blogger baru yang mula menjinakkan diri dalam penulisan ini....Pemilihan peserta akan dibuka pada 1-7 April 2007 dan bermulanya Blogger Kick Start pada 10 APRIL 2007 Ini. So apa tunggu lagi?? Jom ramai-ramai kita meriahkannya.....

Konsep Blogger Kick Start


Awal-awal lagi ingin dimaklumkan... Blogger Kick Start ini diadakan sekadar hanya untuk hiburan (suka-suka). Jika anda rasakan program ini tidak bersesuaian dengan diri anda.. sila pastikan anda tidak terjebak kerana tidak mahu ada rungutan atau segala rasa tidak puas hati kelak. Konsep Blogger Kick Start adalah bersifat "NO MERCY" (Tiada Belas Kasihan).Membawa maksud.. para peserta terpaksa terima bulat-bulat (bantahan tidak akan dilayan)... keputusan yang dibuat oleh Blogger Kick Start. Selain itu, Hakim & Advokat (Juri Jemputan) berhak mengatakan apa jua kepada para peserta (walaupun akan menyebabkan para peserta berkecil hati) atau dengan erti kata lain.. jika putih lah kat Hakim & Advokat (Juri Jemputan).. maka putih lah kata para peserta.. OK?? Haa... parah.. so pikirkan la.. sebelum nak masuk......

Program Blogger Kick Start

Setiap minggu para peserta akan diberikan tugasan.... Mungkin tugasan yang di berikan kepada setiap peserta adalah sama atau berlainan, bergantung kepada Blogger Kick Start. Tugasan akan diberikan pada Hari Selasa(2pm) dan para peserta hendaklah menyiapkan tugasan dan mempamerkan tugasan di blog masing-masing sebelum (2pm) Hari Khamis (LAST POST TUGASAN). Atau singkatan lainnya.. para peserta diberi masa 2 Hari untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Jika tidak dapat laksanakan.. dengan kejamnya terus ELIMINATED. Komen Hakim & Advokat (Juri Jemputan) akan disiarkan pada hari Isnin (2pm) dan peserta yang akan disingkirkan pada setiap minggu akan disiarkan pada Hari Selasa(2pm) serentak dengan tugasan yang baru. Jadi peserta yang keluar tu.. secara langsungnya tak payah lah buat entry lagi.. bawa beg dan boleh pergi.. Tata..tata... Mungkin akan ada acara iringan. kata-kata dari para peserta untuk peserta yang terkeluar..

SELASA(2PM) = DI BERI TUGASAN/KEPUTUSAN HAKIMKHAMIS(2PM) = LAST SELESAIKAN TUGASANISNIN(2PM) = KOMEN HAKIM & ADVOKAT (JURI JEMPUTAN)Begitulah seterusnya sehingga habis Blogger Kick Start ini....

Hakim & Advokat (Juri Jemputan)

Blogger Kick Start telah melantik Juara Bloggers Idol 2006 iaitu Kak Red from http://redmummy.blogspot.com/ sebagai Hakim untuk Blogger Kick Start Ini.Kritikan beliau mungkin agak pedas.. dan segala komen dari beliau, para peserta tidak boleh mempertikaikannya.. Mungkin Kak Red akan melaser maut.. mungkin juga Kak Red akan selembut lidah bicara tetapi terimalah seadanya.. Berlandaskan sikap tiada belas kasihan yang ditunjukkan dalam memberi komen dan kritikan maka para peserta hendaklah akur.Setiap minggu Blogger Kick Start akan menjemput seorang Advokat (Juri Jemputan) sebagai lawan debat dengan Hakim .. (sesi bertikam lidah). Advokat (Juri Jemputan) akan diberitahu pada hari tugasan diberi. Segala penyingkiran para peserta bergantung kepada belas ehsan Hakim.. tiada Undian atau talian hayat di buka..mahu pun AFUNDI yer.. 100% keputusan Hakim & Advokat (Juri Jemputan)...

Cara Pemilihan Peserta

Blogger Kick Start akan memberi keutamaan kepada Blogger-blogger yang selalu kemaskini/ update blog mereka sendiri. Pemilihan para peserta juga berdasarkan kepada Hakim 100% so berbaiklah dengan Hakim tuh... bagi rasuah sikit.. (silap-silap Hakim sendiri kene reject muahaha). Selain itu, keutamaan juga diberi kepada blogger-blogger yang menggunakan blogspot/blogdrive.. yang lain2 akan dipertimbangkan. Ada lagi... perlu ada juga kriteria-kriteria seperti berikut di dalam blog anda..

1) Link Untuk Hakim & Advokat (Juri Jemputan) Mengutuk Anda (COMMENT)

2) Ada Permanlink (Mudah untuk Blogger Kick Start Mencari..)

3) Ada Tag-Board (Sesi kutuk-mengutuk akan diadakan)

Dan Kini Diumumkan 10 peserta Blogger Kick Start untuk tahun ini...



  • Maliha Anouskha'Blogs

  • Syawaludin'Blogs

  • Moriey's Blogs

  • Milla Blogs

  • Kriesz Blogs

  • katarsis Blogs

  • Kurt_Kuden Blogs

  • Zila Blogs

  • Intan Blogs

  • Bro Rick Blogs

  • So aku ni kira underdog jer...sebab budak non bumi kan..tapi....aku akan tetap menyahut cabaran kak red...bahawa..aku akan membawa sesuatu kelainan dari yg lain...ada paham????

    So Tggu hari selasa depan yo....apa cerito sebalik nyo.....


    No comments: