Monday, April 2, 2007

Psikologi.......

Kisah Semalam...untuk renungan bersama...kisah benar.


Salam sejahtera semua, jam kat tgn ni baru pukul 5.45pg, aku masih lagi kerja malam,
mengantuk betul hari ni sebab pagi tadi tido lambat, sebab kene gi bank, bayar duit2
yg perlu dibayar.Mengantuk betul la skg ni....

Hari ni aku betul2 seronok dapat memberikan motivasi dan sesi kounseling kepada seorang dari pekerja aku, ceritanya begini,ada sorang budak ni, dia ni memang nampak mcm liar sikit la, cara cakap ngan org memang kurang respek sikit la, panggil org yg lebih tua dari dia pun sekadar pakai nama jer, tak der la panggil abg ker, pakcik ker, makcik ker..semua main belasah jer..sebut nama.......

So dah lama aku perhatikan gerak geri dia, sejak 6 bulan lepas dari dia start kerja kat tempat kerja aku sekarang ni la, so aku panggil dia masuk dalam bilik metting aku ni, than bermula la cerita ini....

Nama budak ni Mia ( Bkn Nama sebenar ), dia ni memang ada masalah dgn keluarga dia, sampai ngan mak dan bapak dia pun dia x hormat,dia suka marah dan tinggikan suara ngan parent dia, kalau mak dia cakap dia cukup suka melawan balik, mcm org berpidato dan berpantuN, ada saja bahan untuk dia melawan balik, wohhh sampai mcm tu sekali kan..memang teruk ni, da tahap kronik ni. dan lagi, kalau keluar dan masuk rumah pun macam x terkawal, x minta izin ibu bapa dia pun, main keluar masuk..macam hotel jer,
parent dia bukan x melarang atau bertanya, tapi budak ni langsung x nak bercakap ngan parent dia,tu pasal dia memang bermasalah.

Sebenarnya aku da lama x buat Psikologi ni, dulu masa2 sekolah dulu ada la juga, beberapa kali aku buat sesi sebegini, sebab kalau kita nak buat mesti dgn sepenuh hati, dgn tujuan ikhlas..baru boleh berjaya dan sukses.So aku mula dgn bertanya macam mana khabar ibu bapa dia, dia just jawap..ok kot..bayangkan duduk serumah pun x tahu parent dia ok ke tidak???Pelik.............Aku masuk lagi..macam mana dia tunjukkan kasih sayang dia pada parent dia, dia jawap..x tahu....aku naik confius sebenarnya, sama ada dia ni masih sayangkan parent dia atau tidak..'aku cuba lagi...aku tanya kat dia, da berapa lama x makan malam bersama dengan parent dia,
dia jawap da dekat 2 tahun, parent dia ada ajak makan bersama, tapi dia jer yg menolak...

So kesimpulannya dia ni memang keras kepala, sombong dan bongkak, sebab tu dia x nak berbaik-baik dgn parent dia.Aku cuba suruh dia pikir apa kenangan yg menbuatkan dia sayang sgt kat parent dia, dia jawap x tahu, aku pun cakap la..mcm mana boleh x da plak...sedangan dia duduk serumah dgn parent dia, mana boleh tak ada kenangan yg indah untuk dikenang...so dia pun cakap la kat aku beberapa pekara yang betul menyentuhhati aku, so actually nya ada..tapi dia sengaja nak menyorok tadi,sebenarnya, kita kalau nak psiko org mestila ada caranya, jgn terlalu mendesak, tapi gunakan pelbagai taktik dan teknik, soalan sama jer yg aku tanya tapi, cara penyampaian tu jer yg berbeza...tu nama nya psikologi....


Cerita2 punya cerita, sampai budak ni tak boleh tahan dengan pelbagai soalan dan motivasi, sampai dia menangis, meleleh airmata dia,aku bukan nya nak tocher dia, tapi just nk bagi dia perangsang dan semangat,macam mana dia boleh tingkatkan kesedaran dalam diri.Antara soalan aku, selama dia bekerja, pernah x dia
bagi duit poket kat parent dia, dia jawap tidak, pernah tak tanya tentang kesihatan parent dia, pernah dia mintak izin pada parent dia bila nak keluar rumah, pernah x dia cium tgn parent dia bila nak pergi kerja,dan pernah x bawa parent dia keluar bersama-sama.....jawapan nya semua x pernah....

Aku memang x terkejut sebenarnya dgn cerita dia, sebab aku pernah mengalami pekara begini selalu, bila menyelesaikan banyak masalah org...kebanyakkan org yg rosak akibat akidah dlm kehidupan mereka adalah ,kerana mereka tak pernah menyanjungi, menyanyangi, mengasihi, dan mengambil berat tentang ibu bapa mereka.
Aku just minta dia cuba rapatkan kembali hubungan dia dan parent nya, sebelum hubungan itu jauh dan semakin jauh..nanti lebih payah nak kejar balik masa yg telah pergi.

Aku juga suruh dia, balik rumah dan pikir kembali, apa yang telah dia lakukan selama ini, adakah betul atau pun tidak??, dan cuba pikir secara dalam dan sedalamnya, samaada dia masih hendak berubah atau pun tidak, ingatlah kita boleh berubah hari ini, kita boleh berubah esok, kita boleh berubah minggu depan, tahun depan, atau 10 tahun akan datang...tapi hasrat untuk berubah tu mesti ada...jika tidak.. memang susah nak berubah. Bukan org yg akan merubah hidup kita, tapi kita sendirilah yg harus berubah....

Aku rasa dia dah paham kot apa yg aku cakap ngan dia,dan dia pun nampak macam da menyesal dgn perbuatan dia itu yg dia cakap kat aku la...tapi yg harus dan mesti berubah adalah dia....,semasa aku mengakhiri sesi aku tu, aku cakap lah kat dia, " Kirim Salam Dengan Mak Dan Ayah dia " dia pun cakap insyaallah bang..dgn sebak...
Aku sendiri masih ingat lagi pesan org tua, kalau Ibubapa kita tiada didunia ni..kita pun tidak wujudjuga didunia ini....dan jangan sesekali menderhaka dgn ibu bapa kita...jawap nya neraka la tempat kita....

No comments: