Suami Yang cepat Keluar Mani
Cepat keluar mani atau disebut prematur ejakulasi (ejakulasi praecox/
pramatang) adalah peristiwa di mana seorang lelaki cepat mengeluarkan
mani sebelum waktunya dalam setiap persetubuhan. Persetubuhan yang
normal bagi lelaki berlangsung antara 1-2 minit. Atau ia dapat
melakukan antara 10-20 gerakan coitus. Bahkan ada orang yang boleh
bertahan dengan aktif antara 5-10 minit tanpa pertolongan apa-apa dan
dilakukan dengan cara konvensional.
Prematur ejakulasi bagi seorang lelaki merupakan sesuatu keadaan yang
memalukan. Tindakan yang tidak sensitif seperti sekiranya isterinya
suka mengejek atau merasa jengkel pada suaminya boleh menyebabkan
penceraian. Hal ini mesti diberi perhatian khusus, walaupun bagaimana
alimnya seorang isteri tetapi kalau keperluannya seksnya tidak
dipenuhi ia tentu akan menggoncang jiwanya. Kerana ia merupakan
keperluan biologi setiap wanita.
Bagaimana perasaan seorang isteri yang sedang melayani hajat suaminya
bila terjadinya suaminya telah loyo. Iaitu bila zakarnya belum
dimasukkan ke dalam liang faraj, air maninya sudah terpancut keluar.
Kecewalah hati isteri kerana terpaksa berhenti sekerat jalan, lebih-
lebih lagi sekiranya isterinya mahukan seks seterusnya. Ejakulasi
praecox merupakan kecacatan atau musibah seks yang boleh menimpa pihak
lelaki. Ia menyusahkan keupayaannyannya daripada dapat melakukan
persetubuhan dengan normal.
Apakah sebabnya terjadi ejakulasi praecox?
Fenomena ini dipengaruhi oleh faktor-faktor jasmani dan rohani. Faktor-
faktor ini ada hubung erat antara satu sama lain dalam hubungan
kelamin suami-isteri. Ia juga tidak dapat dipisahkan dari satu sama
lain.
Kecacatan pada alat kelamin, gangguan hormon, tiada tenaga setelah
mengalami ketegangan seksual, pelampiasan hawa nafsu, merupakan sebab-
sebab seseorang boleh mengalami prematur ejakulasi. Begitu juga rasa
cemas, konflik mental, rasa takut, dan kecenderungan seks yang
abnormal juga boleh menyebabkan fenomena ini terjadi.
Ahli seksiologi Stekkel dalam penyelidikannya terhadap orang-orang
yang cepat mengeluarkan air mani dalam persetubuhan berpendapat bahawa
di sebalik masalah itu sebenarnya terbenam rasa takut. Menurut
Havelock Ellis, para ilmu jiwa menganggap bahawa kecacatan seksual itu
disebabkan oleh pengaruh mentalnya. Ini menyebabkan dia tidak mampu
mengadakan seks.
Dapat dibuat kesimpulan yang lebih terperinici bahawa puncanya berlaku
ejakulasi praecox adalah seperti berikut:
1.Terlalu bernafsu sehingga menimbulkan kegugupan waktu bersetubuh.
Oleh kerana itu pasangan hendaklah sedar akan keadaan ini dan
melakukan persetubuhan secara rileks, sabar, perlahan-lahan dan tidak
terlalu tergesa-gesa.
2.Badan serta fikiran dalam keadaan terlalu letih dan lesu. Orang
yang memerah otak untuk menyelesaikan persoalan harian ataupun orang
yang tertekan kerana ditimpa bencana sebiaknya tidak usah melakukan
hubungan seks dengan isteri. Usahakan waktu untuk beristirehat
terlebih dahulu sehingga keletihan jasmani dan rohani lenyap sama
sekali dan badan sudah kembali segar.
3.Amalan suami mengamalkan mencabut batang zakar dari liang faraj
sewaktu air mani rasa akan keluar lantaran takut hamil boleh menjadi
penyebab seseorang terlalu cepat keluar air mani setiap kali
bersenggama.
4.Prostat yang mengembang dan mengendur. Biasanya gejala ini
menimpa orang yang lanjut usia. Dalam keadaan ini bantuan doktor pakar
diperlukan.
5.Kulit luar zakar yang terlalu nipis sehingga cepat sekali
terangsang oleh sentuhan-sentuhan erotis.
Usaha-usaha menyembuhkan prematur ejakulasi adalah dengan cara
penggendalian diri semasa bersenggama. Ini merupakan cara yang baik
dan dianjurkan. Iaitu dengan mengawal gerakan dalam coitus. Dan juga
mengawal pernafasan dengan supaya tidak terlalu cepat ghairah,
bergerak perlahan-lahan dengan diselang-seli dengan rehat seketika
untuk menahan nafsu yang meluap-luap yang menyebabkan cepatnya
ejakulasi.
Hendaklah berusaha cepat untuk mengatasi prematur ejakulasi ini.
Jangan menunda-nunda waktu tarikh rawatannya kerana ia akan
mengakibatkan isterinya merasa bosan atau putus asa. Pihak suami harus
percaya dan yakin pada diri sendiri dalam melakukan persetubuhan untuk
memulihkan rasa kejantanannya.
Selain rawatan moden, boleh juga mengatasi masalah ini dengan
mengamalkan petua-petua tradisional yang telah terbukti berkesan,
dikumpulkan dalam sebuah eBook untuk mudah dipelajari dan diamalkan
selalu, tanpa sebarang risiko. Anda hanya perlu berbelanja sekali saja
untuk memilikinya. Pergi ke :
http://petuaseksmelayu.googlepages.com . Miliki rahsia ketahanan seks
hari ini untuk kebahagiaan rumahtangga berpanjangan.
Selepas itu, bila suami sudah pulih dari prematur ejakulasi maka
persetubuhan yang dilakukan seterusnya selepas itu turut juga akan
pulih dan kembali normal. Suami mendapat kepuasan dan begitu juga
isteri. Kepuasan inilah yang menjadi idaman dan modal untuk keluarga
bahagia.
Bro Rick Says....
Sekadar Berkongsi Maklumat kepada semua pasangan yg telah berkahwin....
Friday, April 6, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment