Semalam aku berkhayal kembali bila mendengar alunan suara " Saleem " bila melihat dia dikaca tv, dalam rancangan ulangan Zoom in bersama " Saleem " rasa macam 17 tahun dahulu semasa aku masih didarjah 6 sekolah rendah...tahun 1990
walaupun masa tu aku memang minat sgt dgn kumpulan " Iklim " boleh dikatakan setiap album dia aku miliki, dari album pertama hingga la album terakhir dia..bersama iklim dulu, buktinya masih ada lagi Kaset yg masih elok lagi bila dimainkan di radio..
Masa diawal kemunculan kumpulan Iklim, lagu yg palin popular dan menaik kan nama kumpulan tersebut adalah, " Suci dalam debu dan Bukan aku tak cinta ", rick memang minat sangat kumpulan ini, pernah juga berbual dengan Saleem, sewaktu mengadakan konsert di Melaka pada tahun 1993, boleh dikatakan segenap penjuru audiotorium di melaka ni penuh oleh peminatnya...tapi pada tahun 1997, kumpulan ini berpecah, hanya 7 tahun mereka bersama, sehingga mereka pernah berlakun didalam filem " Suci Dalam Debu " ditahun 1991.
Lirik dibawah ini merupakan salah satu lagu kegemaran rick:-
judulnya " Hakikat Sebuah Cinta "
Aku adalah insan yang tak punya
Cuma rasa cinta membara
Lalu tercipta rinduku padanya
Kerana cinta bahagia
Pujangga menyatakan oh cinta berharga
Dari emas dan permata
Lalu ku bawa cinta di persada jiwa
Sinar menyuluh gelita
Sewaktu debar cintamu terasa melanda
Bangkit rinduku padamu di ketika itu
Lalu tersentak diriku sedari lamunan
Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan
Aku adalah insan yang tak punya
Kilauan emas permata
Lalu kucuba menaburi cinta
Bagimu tiada nilainya
Tiada harta dan cinta
Walaupun kebanyakkan lirik dan lagu mereka berlatar belakangkan tentang kisah cinta, mereka memberikan banyak impak didalam dunia seni di Malaysia, sehingga mereka popular di Indonesia...
Lagu diatas..ditujukan khas buat semua sahabat2 blog, semoga anda semua ceria2 selalu...