Saturday, August 4, 2007

R1...1000cc

R1...1000cc


( R1, 1000cc,Warna Kelabu, And Black Chasis, Special edition )



Hi Semua, hari ni Rick nak tunjukkan pada anda semua motor baru Rick, yg baru dibeli, nama jer baru tapi 2nd hand la....

Modelnya ialah ( Yamaha R1, 1000cc )
Warna Kelabu/Hitam
Harga RM38,000

Sebenarnya da lama Rick idamkan motor ni, tapi baru kini berkesempatan memilikinya, motor ni asalnya dimiliki oleh kawan Rick dari singapore, so dia nak jual, sebab nak beli motor yg lebih kecil sikit cc nya, kerana motor R1 ni terlalu power, boleh kirakan banyak Bikers yg nak cari motor ni...

Motor ni maximum speed yg Rick pernah bawa sekitar 280km/h, boleh lagi sampai ke 300km/h, tapi la...kecut perut...motor ni banyak keistimewaan juga, kerana ia full injection, digital meter dan auto oiling chain...memang best..rasa x puas kalau pergi round2 sekadar sekejap jer...

Semalam, dari Melaka ke Seremban, Rick ambil lebih kurang 15minit jer untuk sampai ke Seremban, purata kelajuan sekitar 220km/h, kalau polis traffik nak kejo..rasanya makan asap jer la gamak nyer!

Tuesday, April 17, 2007

Cabaran BKS...

Ambik Kau....



Cabaran BKS akan bermula Hari Selasa Ini Pada Pukul 2ptg....

Ramai Yang masih x tahu apa itu Blogger Kick Start...

Dibawah ini adalah serba sedikit syarat dan tema pertandingan.....

Pengenalan

Blogger Kick Start adalah salah satu Program yang mana tujuan Utama dibuat adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama Blogger serta sekaligus dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan secara langsungnya.. Blogger Kick Start diadakan juga adalah semata-mata untuk mewarnai Dunia Blogging yang semakin hari semakin meriah dengan kehadiran blogger-blogger baru yang mula menjinakkan diri dalam penulisan ini....Pemilihan peserta akan dibuka pada 1-7 April 2007 dan bermulanya Blogger Kick Start pada 10 APRIL 2007 Ini. So apa tunggu lagi?? Jom ramai-ramai kita meriahkannya.....

Konsep Blogger Kick Start


Awal-awal lagi ingin dimaklumkan... Blogger Kick Start ini diadakan sekadar hanya untuk hiburan (suka-suka). Jika anda rasakan program ini tidak bersesuaian dengan diri anda.. sila pastikan anda tidak terjebak kerana tidak mahu ada rungutan atau segala rasa tidak puas hati kelak. Konsep Blogger Kick Start adalah bersifat "NO MERCY" (Tiada Belas Kasihan).Membawa maksud.. para peserta terpaksa terima bulat-bulat (bantahan tidak akan dilayan)... keputusan yang dibuat oleh Blogger Kick Start. Selain itu, Hakim & Advokat (Juri Jemputan) berhak mengatakan apa jua kepada para peserta (walaupun akan menyebabkan para peserta berkecil hati) atau dengan erti kata lain.. jika putih lah kat Hakim & Advokat (Juri Jemputan).. maka putih lah kata para peserta.. OK?? Haa... parah.. so pikirkan la.. sebelum nak masuk......

Program Blogger Kick Start

Setiap minggu para peserta akan diberikan tugasan.... Mungkin tugasan yang di berikan kepada setiap peserta adalah sama atau berlainan, bergantung kepada Blogger Kick Start. Tugasan akan diberikan pada Hari Selasa(2pm) dan para peserta hendaklah menyiapkan tugasan dan mempamerkan tugasan di blog masing-masing sebelum (2pm) Hari Khamis (LAST POST TUGASAN). Atau singkatan lainnya.. para peserta diberi masa 2 Hari untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Jika tidak dapat laksanakan.. dengan kejamnya terus ELIMINATED. Komen Hakim & Advokat (Juri Jemputan) akan disiarkan pada hari Isnin (2pm) dan peserta yang akan disingkirkan pada setiap minggu akan disiarkan pada Hari Selasa(2pm) serentak dengan tugasan yang baru. Jadi peserta yang keluar tu.. secara langsungnya tak payah lah buat entry lagi.. bawa beg dan boleh pergi.. Tata..tata... Mungkin akan ada acara iringan. kata-kata dari para peserta untuk peserta yang terkeluar..

SELASA(2PM) = DI BERI TUGASAN/KEPUTUSAN HAKIMKHAMIS(2PM) = LAST SELESAIKAN TUGASANISNIN(2PM) = KOMEN HAKIM & ADVOKAT (JURI JEMPUTAN)Begitulah seterusnya sehingga habis Blogger Kick Start ini....

Hakim & Advokat (Juri Jemputan)

Blogger Kick Start telah melantik Juara Bloggers Idol 2006 iaitu Kak Red from http://redmummy.blogspot.com/ sebagai Hakim untuk Blogger Kick Start Ini.Kritikan beliau mungkin agak pedas.. dan segala komen dari beliau, para peserta tidak boleh mempertikaikannya.. Mungkin Kak Red akan melaser maut.. mungkin juga Kak Red akan selembut lidah bicara tetapi terimalah seadanya.. Berlandaskan sikap tiada belas kasihan yang ditunjukkan dalam memberi komen dan kritikan maka para peserta hendaklah akur.Setiap minggu Blogger Kick Start akan menjemput seorang Advokat (Juri Jemputan) sebagai lawan debat dengan Hakim .. (sesi bertikam lidah). Advokat (Juri Jemputan) akan diberitahu pada hari tugasan diberi. Segala penyingkiran para peserta bergantung kepada belas ehsan Hakim.. tiada Undian atau talian hayat di buka..mahu pun AFUNDI yer.. 100% keputusan Hakim & Advokat (Juri Jemputan)...

Cara Pemilihan Peserta

Blogger Kick Start akan memberi keutamaan kepada Blogger-blogger yang selalu kemaskini/ update blog mereka sendiri. Pemilihan para peserta juga berdasarkan kepada Hakim 100% so berbaiklah dengan Hakim tuh... bagi rasuah sikit.. (silap-silap Hakim sendiri kene reject muahaha). Selain itu, keutamaan juga diberi kepada blogger-blogger yang menggunakan blogspot/blogdrive.. yang lain2 akan dipertimbangkan. Ada lagi... perlu ada juga kriteria-kriteria seperti berikut di dalam blog anda..

1) Link Untuk Hakim & Advokat (Juri Jemputan) Mengutuk Anda (COMMENT)

2) Ada Permanlink (Mudah untuk Blogger Kick Start Mencari..)

3) Ada Tag-Board (Sesi kutuk-mengutuk akan diadakan)

Dan Kini Diumumkan 10 peserta Blogger Kick Start untuk tahun ini...



  • Maliha Anouskha'Blogs

  • Syawaludin'Blogs

  • Moriey's Blogs

  • Milla Blogs

  • Kriesz Blogs

  • katarsis Blogs

  • Kurt_Kuden Blogs

  • Zila Blogs

  • Intan Blogs

  • Bro Rick Blogs

  • So aku ni kira underdog jer...sebab budak non bumi kan..tapi....aku akan tetap menyahut cabaran kak red...bahawa..aku akan membawa sesuatu kelainan dari yg lain...ada paham????

    So Tggu hari selasa depan yo....apa cerito sebalik nyo.....


    Joget Lambak..Artis Malaysia.











    Bro Rick Says....
    Betapa meriahnya suasana artis Malaysia berdansa.....hehehee

    Raja endon mastura & Daphne-iking...

    Apa macam??






    Ricky Wan Says....

    Berbagai gambar artis dan personaliti yang dipaparkan....kita sebagai peminat yang dapat mentafsirkan nya...

    BKS --> Assignment Minggu Pertama

    Semasa membulatkan satu titik dengan pen merah, apa yang kamu lihat?

    1st Explaination




    Penerangan titik....merah
    So,satu titik sebenarnya ,banyak membawa makna, tanpa satu titik yg tidak dilukis ,ditarik atau dilengkungkan, ia tidak akan membentuk bulatan.....bulatan pula terdiri dari kreativiti individu, jika inginkan bulat, bulat la juga jadi nya, kalau tergoyang atau terlanggar sedikit..apa plak terjadi??? anda pasti punya jawapannya sendiri....

    Tujuan titik merah.....
    Bulatan titik merah....sekiranya bermula dengan kecil....ia boleh bertukar menjadi besar, jika dibulatkan secara berulang-ulang....jika anda malas mengulangi bulatan kecil...itu,anda boleh melukis secara besar..sekali gus...yg penting terpulang pada org tersebut..apa yg dia nak buat dgn bulatan tersebut....

    Warna merah....
    Warna merah sebenarnya, menunjukkan sesuatu itu garang, marah atau bengis, jika titik merah itu di besarkan untuk menjadi bulatan, untuk kelihatan lebih jelas ia perlu ditekan dgn kuat.....baru anda akan terasa sakitnya, dan baru anda tahu bagaimana powernya dan kuatnya warna merah tersebut....itu pun kalau nak guna warna merah...kalau tak nak terpulang la...

    2nd Explaination


    So gambar diatas walau sebesar mana sekali pun lingkaran merah, mengelilingi titik hijau,
    warna hijau lebih menonjol dari lingkaran berwarna merah diluar bulatan tersebut...
    walaupun titik hijau itu bermula dengan kecil dari kiri, dan membesar kekanan....

    So warna pun sebenarnya memainkan peranan yg penting...

    So gambar yg ini pula, jika titik berwarna hijau tersebut seragam besarnya, lingkaran merah luarnya lebih menonjol, berbanding warna titik hijau tersebut......

    3rd Explaination....


    So ini penerangan yg terakhir, jika sesuatu titik itu bermula, maka jika mata pen anda dipusingkan berulang-ulang kali kearah bulatan tersebut, ia boleh membentuk lingkaran sebenarnya...ia seakan-akan seperti Lingkaran Ubat Nyamuk....

    Kesimpulan nya...

    Setiap yg kita lakukan mesti ada tujuan disebaliknya, sama juga dgn titik dengan bulatan merah, dari titik ia boleh menjadi bulatan, tapi jika titik itu berwarna hitam, ia tidak boleh menjadi bulatan merah, dan jika ingin menjadikan titik tersebut selari dengan bulatan merah, anda harus bermula dengan titik merah....so jika kita mahu melakukan sesuatu, terpulang pada anda, yg penting anda mesti ada tujuan, tindakan, perancangan, dan perlaksanaan, itu yg paling penting, jika anda ingin berjaya....

    Sebenarnya soalan yg diberikan, mempunyai banyak jawapan...ikut kreativiti dan kemampuan kita sebenarnya, bagi saya, apa yg saya fikir betul dan tepat didalam benak fikiran saya, itu yg saya akan sampaikan, saya x kisah jika saya tersingkir pada minggu ini, kerana saya telah membuat yg terbaik bg diri saya....dan bagi pihak hakim dan juri yg saya hormati...anda mempunyai jawapan nya tersendiri..bagi menilai bagaimana prestasi saya...terima kasih....
    Tak salah jika dimaki dan di cerca..yg penting saya tahu, bagaimana kesalahan saya.....
    Sekian Adios.....

    Hakim:Kak Red of http://redmummy.blogspot.com
    Advocat jury:Fiebie Rossa of http://mentallydisturbed.blogspot.com/

    Yin ditemui selamat



    Pasangan Myanmar bawa pulang Nazrin ketika cuba lintas jalan dekat Sogo

    KUALA LUMPUR: Lagu Twinkle Twinkle Little Star yang dinyanyikan Muhammad Nazrin atau Yin, 4, melalui telefon kepada ayahnya, Shamsul Ghazali Shamsuddin, 35, cukup membuat si ayah sebak dan mengesahkan suara itu adalah suara anaknya.

    Malah, lagu itu juga simbolik kepada penemuan kanak-kanak berkenaan yang hilang sejak dua minggu lalu ketika mengikut ibu bapanya membeli-belah di Kompleks Sogo, di sini, pada 31 Mac lalu.

    Shamsul Ghazali berkata, mulanya dia tidak percaya apabila bekas rakan sekuliahnya, Baharuddin Hassan memberitahu Yin sudah ditemui semalam, kecuali selepas mendengar sendiri suara anak sulungnya itu melalui telefon.

    “Saya balik kampung di Ipoh pagi tadi (semalam). Kira-kira jam 2 petang, seorang rakan telefon dan beritahu Yin sudah ditemui. Saya hanya percaya berita itu selepas bercakap sendiri dengannya dan mendengarnya menyanyikan lagu itu.

    “Apa lagi, saya mula rasa sebak sebab memang sah itu suara Yin. Lagu Twinkle Twinkle Little Star itu pun antara lagu kegemarannya. Saya tahu sebab saya dan isteri nyanyikan lagu itu padanya,” katanya.

    Sebaik menerima berita gembira itu, beliau sekeluarga bergegas pulang ke ibu negara dan buat kali pertama menemui Yin di rumah rakannya itu di Taman Setiawangsa, kira-kira jam 5 petang.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, berkata Yin ditemui pasangan suami isteri warga Myanmar, Mohd Abd Rahman Doli Rahman, 31, dan Noorshida Nur Islam, 27, di luar kompleks beli-belah itu.

    Mereka membawa Yin pulang ke rumah mereka di Sentul Pasar selepas melihat kanak-kanak itu cuba melintas jalan yang sibuk ketika itu dan bimbang dengan keselamatannya.

    “Sebenarnya, mereka tidak tahu Yin hilang sehinggalah Noorshida pergi ke pasar Jalan Masjid India petang tadi dan terjumpa rakan Shamsul sedang mengedar poster Yin. Dari situlah bermulanya detik penemuan semula Yin,” katanya.

    Musa menafikan polis menahan pasangan suami isteri itu, sebaliknya mereka secara sukarela menyerahkan Yin kepada rakan bapanya, seterusnya ke IPD Dang Wangi untuk memaklumkan penemuan berkenaan.







    Beliau juga mengumumkan kes kehilangan kanak-kanak itu ditutup sebaik saja Yin diserahkan kepada keluarganya.

    “Yin sudah ditemui dan dikembalikan kepada ibu bapanya. Dia dalam keadaan sihat, namun kita akan tetap menghantarnya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

    “Kita mendapati tiada unsur jenayah di sebalik kehilangan Yin. Ini memang kes orang hilang dan tidak ada kena mengena dengan perbuatan jenayah. Syukurlah, kes ini sudah selesai,” katanya.

    Hadir sama pada sidang media itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee dan Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner I Zulhasnan Najib Baharuddin.

    “Kita sudah rekod kenyataan dari ibu bapa Yin dan pasangan suami isteri yang menemuinya sebagai mengikut prosedur. Kita tidak tahan pasangan suami isteri itu, mereka sukarela datang sini.

    “Yang penting sekarang, kita sudah jumpa Yin... keadaan baik dan ceria. Justeru, secara rasminya kes ini sudah ditutup,” katanya.

    Pada masa sama, beliau berterima kasih kepada pasangan suami isteri yang menemui Yin kerana menjaga kanak-kanak itu dengan baik sepanjang tempoh kehilangannya.

    “Kita turut menghargai keprihatinan orang ramai, termasuk pihak media terhadap kehilangan Yin, sekali gus menyaksikan pelbagai usaha dijalankan di seluruh negara untuk mengesan kanak-kanak itu,” katanya.

    Ditanya mengenai ganjaran berjumlah RM23,000 bagi sesiapa yang berjaya menemui Yin, beliau menyerahkan kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Zakaria untuk menguruskannya.

    Bro Rick Says....
    Bersyukur kepada tuhan, terima kasih kepada nya, kerana membawa pulang Yin kepangkuan keluarga nya, ini semua berkat kerjasama semua pihak dan doa mereka semua...
    Di harap perkara ini menjadi Ikhtibar kepada semua rakyat Malaysia..

    Jue Jehan & Saripah Sofea...ish...ish...ish...gediknyee




    Bro Rick Says....
    Power Siot....artis2 malaysia sekarang ni....mesra.......