Friday, March 30, 2007

Sambungan Aku Kene Tag....( Musim Kedua )

Buat kali keduanya aku di tag lagi...oleh Nieja dan Syah,
Aku ingatkan dah habis tag mengtag ni..rupanya ada lagi rupanya, tapi x kisah lah
janji korang masih nak tahu lagi apa yg pelik dan benar dalam hidup aku ni...

Dengan ini, wahai pengunjung setia Blog Rick, dibawah adalah senarai pendek 6 perangai pelik bin ajaib, tapi benar diri tentang diri Rick:-

1 - Sewaktu makan nasi, aku lebih suka makan mengunakan tangan,sebab ramaiorg cina menggunakan sudu dan garpu untuk makan nasi, aku lain sikit,kalau makan nasi pakai sudu, aku akan rasa kekok la.....

2 - Suka dengar lagu sambil layan mata, kalau nak tido, rick suka buka radio,kalau x da radio, rasanya macam mata ni x mau tutup...dapat dengar pelahan pun tak pe la....janji on jer radio tu sampai pagi...
3 - Suka beli baju, kalu beli baju kadang2 sampai 5 ke 6 helai, sebab
suka tgk bermacam-macam jenis baju, rick suka t-shirt jer....tapi yg pelik nya, da beli tapi x nak pakai plak,sampai melambak dalam almari tu..sapa yg nak pakai baju tu agak nya, sampai mak rik pun sound sampai macam tu...hehehehe

4 - Suka makan aiskrim, kalau beli satu box tu, sekejap jer boleh habis,
walaupun org lain belom makan, tapi rick da habiskan dulu..hehehe
pelahap juga aku ni...

5 - Kalau waktu kerja, rick akan serius, jgn harap nak main2, rick akan berikan 100% pada kerja, sampai makan pun kadang2 x pi makan, sebab sedap buat kerja, sampai kawan2 kata kerja x kan habis punya, tapikorang pikir, kalau x buat langsung lagi x habis betul x???
6- Suka Minum jus epel ijau, kalau boleh hari2 minum jus epel ijau ni, sebab ia bagus untuk tekanan darah tinggi dan peredaran darah, so far darah tinggi, x da lagi la....
7- Rick suka update blog, kalo boleh rick akan update setiap hari, macam sekarang ni, walau sibuk mcm mana pun, rick akan cuba update seberapa yg boleh, kerana, kalau x update nanti korang jugak yg akan tanya kan...hehehee


Maka, adalah bahawasanya disini, dengan sukacitanya dimaklumkan dan diisytiharkan yang Rick telah, "TAG" kan untuk memaklumkan semua, lg perangai pelik mereka ke seluruh pelusuk blog, dan calon2 yg seterunya ialah:-
Sila la membuat tugasan anda...selamat berjaya...


1 - Lim Kit Siang
2 - Tun Dr.Mahadir
3 - Karam Sigh Warlia
4 - Annuar Ibrahim
5 - Pak Lah
6 - Watson Nyambek


Korang nk tahu kenapa, aku letak kan nama mereka semua, sebab mereka semua x da blog..., kalau ada blog pun, mereka x masa nak layan aku, sebab diorg lagi banyak keje nk buat selain nak layan aku ni..heheheheeeee ( Petikan dipinjam dr Abg Kassim Selamat )
Jangan marah ha....nanti kene jual...

Baby with 3 legs & 2 private







Bro Rick Says....
Sebenarnya tersentuh hati saya bila melihat keadaan bayi ini,perasaan sedih dan kasihan didalam hati, membuat saya terpanggil untuk memaparkan gambar ini, semoga tuhan panjangkan umur anak kecil ini..dan kalau perlu ambil la nyawa saya sebagai ganti.....

Keje Gile....

Kisah Hidup org bekerja...

Hari ini aku nak cerita kat korang macam mana aku kerja sekarang, ramai juga yang hantar sms dan email kat aku, knp aku lama x melawat blog korang semua, sejak 2 minggu ni aku memang sibuk sikit, sebab kerja lepas tahun baru cina ni byk betul.

Nak pulak sekarang partner aku cuti kawin, so kene cover dia lagi, tu pasal jalan shift sampai 12jam, korang tahu x macam mana aku kerja, kalau kerja pagi, matahari belum terbit aku da masuk keje, lebih kurang 5.45pg aku da sampai kat tempat keje, walaupun shift start kul 7pg, aku awal2 da sampai..tu memang da jadi tabiat aku la, suka dtg awal ketempat keje.
Masa masuk keje matahari belum timbul lagi, dan balik keje matahari da tenggelam...bak kata org..masuk keje gelap, keluar keje pun gelap....x da kebebasan langsung la....

Balik keje kul 7mlm, so 7pg ke 7mlm tu, tak ke 12jam bekerja....da 2minggu pagi, 12 jam, pagi tadi aku masuk keje kul 7pg, than balik keje kul 3ptg.....mesti korang herankan kenapa aku balik awl hari ni...balik pukul 3ptg.....sebab kul 11mlm td ni aku keje balik, so balik keje kul 3ptg..terus membongkang kat rumah sampai kul 9mlm td...bangun, mandi, makan...gi keje..., tu la keje aku...rasa bosan pun ada gak ni...mcm nk cari keje lain jer..atau pun sambung belajar balik...

Esok bermula episod baru lagi, sebab keje lagi 12 jam untuk minggu terakhir ni...da rasa lain macam jer badan aku ni..kalu kerja 12 jam 21 hari beterusan boleh kurus la..tapi ni tak badan aku maintain jer...apa leh buat da memang macam tu kan...

So buat sahabat2 blog ku sekalian, jika dalam beberapa minggu ni, saya tidak melawat blog2 saudara dan saudari, jgn anda bekecil hati..anda semua sahabat2 saya, teruskan perjuangan anda, walaupun saya tiada nanti.....

Badan langsing walaupun sudah beranak ramai

Wanita patut elak amal tabiat makan terlalu banyak selepas lahir anak

TIDAK dinafikan kegemukan dan ‘lari bentuk tubuh’ antara rungutan yang sering benar diutarakan wanita selepas bersalin. Kumpulan lemak pada bahagian ‘degil’, khususnya di perut dan paha terlalu sukar untuk disingkirkan. Kata sumbang seperti ‘Perempuan kalau sudah bersalin macam itulah’ tetapi adakah itu bayaran bagi wanita yang berkorban nyawa untuk melalui proses kelahiran?

Ketua Unit Pengurusan Pemakanan dan Reproduktif Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kamarul Faridah Kamarul Zaman, berkata tidak dinafikan bahawa pertambahan berat dan perubahan bentuk badan daripada ramping kepada gempal, banyak dikaitkan dengan proses kehamilan.

Keadaan demikian dikaitkan dengan tabiat pemakanan ketika kehamilan, yang sering diusik sebagai sebagai ‘makan untuk dua orang’ terbawa-bawa sehingga selepas melahirkan, menjadikan lemak yang seharusnya disingkirkan sebelum itu tidak mampu dihapuskan.

“Kegemukan ditakrifkan sebagai melebihi berat badan unggul akibat pengumpulan lemak berlebihan dalam satu jangka masa tertentu. Kegemukan tidak berlaku sekelip mata, justeru penurunan berat badan juga tidak boleh dilakukan dalam tempoh singkat.

“Antara sebabnya ialah faktor fisiologi kejadian wanita itu sendiri yang ada lebih banyak kandungan lemak daripada lelaki. Malah, kebanyakan wanita mempunyai selera baik ketika mengandung, malangnya selera ini diteruskan walaupun selepas kelahiran anak pertama,” katanya ketika ditemui pada Seminar Sindrom 3 G - Gebu, Gempal dan Gemuk anjuran LPPKN, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, ketika hamil wanita memerlukan lemak bagi menampung kandungan, tetapi selepas bersalin, seharusnya tabiat pemakanan dikawal, dan lebih banyak melakukan senaman ringan untuk membakar semula lemak yang berkumpul di tempat tertentu.

“Kawal makan bukan bererti tidak makan nasi langsung, sebaliknya makan berdasarkan piramid makanan seperti kurangkan yang berlemak dan berminyak, sebaliknya lebihkan pengambilan serat dan air kerana seseorang wanita yang menyusukan bayi memerlukan khasiat seimbang untuk penghasilan susu.

“Tubuh yang cantik seperti sebelum ketika anak dara dulu, bukan saja meningkatkan harga diri kita sendiri sebaliknya juga memastikan tubuh kembali cergas dan ringan untuk melakukan tugasan harian selepas bergelar ibu,” katanya.

Setiap wanita tidak semestinya melihat langsing selepas bersalin sebagai faktor kecantikan semata-mata, sebaliknya untuk kesihatan dan seharusnya ditanamkan sejak muda lagi kerana apabila memasuki umur 40-an dan 50-an, usaha menurunkan berat badan lebih sukar.

Beliau berkata, bagi wanita yang sememangnya ada masalah berat badan berlebihan, mereka perlu lebih berjaga-jaga apabila usia mencecah 40 tahun kerana ketika itu pelbagai masalah kesihatan mudah bersarang jika tabiat pemakanan dan gaya hidup lama diteruskan.

“Realitinya kegemukan terjadi apabila tiada keseimbangan antara kemasukan (pengambilan makanan) dengan penggunaan tenaga. Tenaga berlebihan disimpan sebagai lemak dalam badan dan untuk kurus, seseorang itu perlu melebihkan penggunaan tenaga (melalui aktiviti fizikal) dan mengurangkan pengambilan makanan,” katanya.

Faridah berkata, keburukan kegemukan apabila ia memberi kesan negatif kepada mental dan psikologi kepada seseorang seperti mudah tersinggung, murung, gelisah, cemas dan malu bergaul dengan orang lain menjadikan usaha mengurangkan berat badan dengan bersenam umpamanya, terhalang sehingga menyebabkan masalah kegemukan makin sukar diatasi.

“Seseorang yang ingin mengurangkan berat badan, beberapa langkah perlu dilakukan seperti menetapkan matlamat, makan secara sihat, berkhasiat dan rendah lemak, meningkatkan aktiviti fizikal selain membiasakan diri dengan cara hidup sihat dan aktif.

“Cara paling mudah ambil baju yang kita muat ketika zaman gadis dulu, gantung atau pakai selalu. Tekadkan dalam diri, aku akan pakai semula baju ini dan ia pasti berlaku,” katanya.

Sementara itu, Norhezan Mohd Noh yang memiliki 10 cahaya mata berusia antara 21 hingga enam bulan itu berkata, beliau berjaya mengekalkan berat badan ideal mungkin disebabkan tabiatnya yang mengamal kaedah ‘berpantang’ selama 44 hari seperti diamalkan kebanyakan wanita Melayu, selain turut menyusukan bayi.

Wanita berusia 40 tahun itu berkata, cara berkenaan mempercepatkan dirinya kembali kepada bentuk badan asal, walaupun tidak 100 peratus.

“Pada pandangan saya, wanita selepas melahirkan anak perlu mengikut cara berpantang seperti memakai bengkung, berpilis dan berurut. Rasional di sebalik ‘berpantang’ ialah wanita ‘mengikat’ tabiat makan yang mana selalunya terikut-ikut dengan cara makan ketika mengandung dulu.

“Ketika mengandung memang boleh makan apa saja, tetapi ketika berpantang, banyak yang perlu kita kawal, semuanya demi kesihatan dan kecantikan ibu itu sendiri. Sekiranya kita terlalu gemuk, dikhuatiri tidak mampu bergerak pantas, untuk menguruskan anak,” katanya ketika ditemui, baru baru ini.

Katanya, bukan hanya wanita sebaliknya semua orang seharusnya menitikberatkan bentuk badan, walaupun mustahil seperti peragawati, tetapi sekurang-kurangnya cantik pada pandangan mata kerana ia lebih kepada harga diri, kepuasan dan idola kepada anaknya kelak.

FAKTA: Kegemukan

Malaysia menduduki tempat kedua dalam senarai rakyat tergemuk di Asia Tenggara, dan jumlah wanita gemuk jauh lebih tinggi berbanding lelaki.

Kesukaran mengurangkan berat badan antara lain disebabkan ‘kecintaan' terhadap makanan

Antara punca ialah menjadikan makanan sebagai ‘ubat penenang' setiap kali susah hati selain tabiat gemar mengunyah sejak kecil, ketika melakukan pelbagai perkara termasuk menonton.

>Cara mengira tubuh ideal

BENTUK tubuh ramping bagaikan peragawati itukah yang dikatakan cantik menawan? Walaupun istilah ramping itu subjektif kerana ada yang mempunyai rangka besar dan kecil, tetapi ada ukuran tertentu digunakan untuk menentukan sama ada seseorang itu sudah berada dalam bentuk badan yang ideal atau sebaliknya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan Indeks Jisim Badan (BMI) sebanyak 22 sebagai berat badan unggul (tetapi 23 juga diterima). Ia bukan saja boleh menjadi pengukur kepada keseimbangan berat badan, sebaliknya menjadi penanda aras bagi kekerapan untuk tekanan darah tinggi.

Ini kerana kajian menunjukkan hampir 50 peratus individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi mempunyai BMI melebihi 30. Ada juga individu yang hanya gemar menimbang berat. badan tetapi adakah ia tepat kerana selalu berubah andai ditimbang pada waktu berbeza?

Realitinya penurunan timbangan berat badan yang tidak memudaratkan fungsi tubuh ialah dua hingga empat kilogram setiap bulan saja, Antara panduan yang diberikan untuk menimbang berat badan ialah menimbang menggunakan penimbang yang sama selain kiraan diambil pada waktu sama setiap kali yang mana paling baik ialah seminggu sekali saja.

Sungguh pun begitu, walaupun kiraan timbangan paling asas dijadikan panduan, nisbah ukuran pinggang dan punggung (WHR) adalah paling tepat menentukan bentuk tubuh paling ideal. Panduan berikut boleh digunakan sama ada lelaki atau wanita, untuk mengetahui di mana tahap anda.

INFO : Indeks Jisim Badan

Ukuran BMI

Cara kiraan BMI ialah membahagikan berat badan dengan ketinggian (dalam meter) ganda dua atau:

Berat (kilogram)/[Tinggi (meter) x tinggi (meter)]

Untuk lebih tepat, anda boleh mengira sendiri berat badan yang unggul mengikut ketinggian masing-masing. Caranya ialah:

23 x tinggi (meter) x tinggi (meter)

Contoh : Sekiranya ketinggian anda 1.5 meter maka :

Cara kiraannya ialah: 23 x 1.5 x 1.5 = 52.

Ini bermakna bagi individu yang mempunyai ketinggian 1.5 meter, berat badan unggul ialah 52 kilogram.

Mengukur ukur lilit pinggang. Ukur lilit pinggang bagi wanita mestilah tidak melebihi 80 sentimeter (32 inci) dan lelaki pula antara 88 hingga 94 sentimeter (36 hingga 40 inci).

Nisbah ukuran pinggang dan punggung (WHR) adalah kaedah penentu untuk mengetahui bentuk badan baik dan ideal bagi setiap orang. Caranya ialah membahagikan ukuran pinggang dengan punggung yang mana bagi wanita, ukurannya mestilah tidak melebihi 0.8 dan 1.0 bagi lelaki. Sekiranya nisbah WHR melebihi tahap ditentukan di atas, bermakna bentuk badan kurang cantik walaupun BMI anda dalam lingkungan normal.

>Panduan berpantang

BERPANTANG yang diamalkan dalam masyarakat Melayu, Cina dan India lebih kurang sama kerana tumpuan lebih kepada aspek pemakanan. Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran tertentu sepatutnya dikurangkan kerana ia boleh menyebabkan badan berasa sejuk, lantas menyebabkan tubuh menjadi ‘tidak kuat’ pada waktu tua.

Selain menitik beratkan aspek pemakanan ada juga cara berpantang yang melarang mandi dan menyikat rambut atas alasan melindungi ibu dan bayi daripada kecelakaan. Ada banyak lagi amalan yang ‘diharamkan’ dilakukan ketika berpantang, tetapi sejak kebelakangan ini dipandang sepi masyarakat moden.

Sungguhpun begitu secara ringkasnya berpantang bertujuan merehatkan tubuh badan dan memberikan kembali tenaga dan darah yang banyak hilang akibat proses kelahiran. Umumnya berpantang ini hanya membabitkan 44 hari atau sebulan lebih.

Cara berpantang masyarakat Melayu:

Urutan - bertujuan melancarkan peredaran darah dan biasa dimulakan tiga hari selepas kelahiran. Ia tidak boleh dielakkan kerana akan menyebabkan tubuh berasa sengal.

Bertungku - bertujuan mengeluarkan darah kotor terutama saki baki darah beku, membuang angin dan menyembuhkan luka peranakan selain mengecutkan urat yang kembang. Ia selalu dilakukan pagi dan petang.

Bertangas - bertujuan membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan sistem peranakan, membetulkan kedudukan salut peranakan dan mengecutkan rahim.

Berbengkung - perlu dilakukan sepanjang tempoh berpantang. Elakkan perut buncit selain berfungsi mengembalikan kedudukan peranakan. Ia juga dikatakan sebagai alat membantu ‘mendapatkan’ kembali tubuh langsing kerana ia menghalang daripada makan banyak.

Mandi rempah ratus - bertujuan membuang angin dalam badan selain menghaluskan kulit. Ia juga dikatakan mampu mengekalkan kesegaran dan naik seri wajah.

Memakai param dan pilis - bertujuan mengelakkan pening dan menyebabkan mata rabun.

Minum jamu - bertujuan memanaskan badan, mempercepatkan rahim mengecut selain merapatkan kembali bahagian sulit.

Elakkan:

Keluar rumah

Membuat pergerakan pantas atau lasak dengan kata lain kurangkan berjalan

Makan dan minum berlebihan

Membaca dan melaksanakan kerja yang memerlukan tumpuan seperti menjahit

Terdedah kepada cuaca sejuk

Bro Rick Says....
Suka melihat org dulu2 dalam masa pantang selpas bersalin, bermacam pantang larang, seperti bertungku, pakai bekong, berasap, dan bermacam2 lagi la...dulu masa sekolah, ada la buat kajian tentang pantang larang org bersalin cara dulu2..tahu la serba sedikit..bagus tau kalau tahu...boleh jadi bidan...bidan terjun...hehehee

Tentera USA Kurang Ajar & Biadap






Bro Rick Says....
Saya sebenarnya sedih dan sakit hati bila melihat tentera2 USA ini memperlakukan sedemikian rupa pada Agama islam, memang kurang ajor dan biadap betul mereka tu semua, ini sudah melebihi batasan kesabaran manusia jika diperlakukan demikian, kerana telah melibatkan sentiment keagamaan, memang betul2 Kurang ajar la diorg ni..............!!!!!!!!!!!!!

Kena Tag Lagi.....

Semalam, masa Dhia ,dtg dia kata ada Special penghargaan buat Rick di blognyer, Tapi bila pi sana, rupanya aku da kene Tag la..Sama juga dgn PakTeh Yang telah menge Tag aku ni...kesian aku kan... ko pun sama jugak..Orochi , jaga ko Orochi...heheheee

Aku tidak la merasa Marah...tapi geram tu ada ler sikit...hehehee

Malah sedikit sebanyak, pengunjung blog ini akan tahu la rahsia yg mungkin semua org belum tahu tentang hidup Rick...


Dengan ini, wahai pengunjung setia Blog Rick, dibawah adalah senarai pendek 6 perangai pelik bin ajaib, tapi benar diri tentang diri Rick:-

1 - Paling BENCI kalau org dtg lambat, sebab aku ni kalau pi keje memang dtg awl, contoh kalau keje waktu pagi, aku masuk kul 7pg, tapi 5.45pg atau kul 6pg aku da terpacak depan guard house tempat keje aku, sampai guard x bagi aku masuk, dia cakap kenapa dtg awl sangat...hehehee ( Aku punya suka ler nk dtg awl... )

2 - Paling Menyampah, kalau aku tgh tido nyenyak, org kejutkan aku bangun, aku memang x suka sekali, sampai adik2 aku, mak, dan ayah aku da tahu perangai aku, kalau aku tido, kawan ke, makcik ke, menteri ker dtg...aku x peduli langsung, tlg la jgn kejut kan aku...please.....
3 - Paling Suka kalau kereta aku tu bersih, cermin sampai berkilat, boleh sikat rambut lagi kan..baru la aku akan pandu kerete tu, kalau kotor..jgn harap aku keluar nak bawak kete tu, malu la...kalau kete tu x hensem....

4 - "Penggila", aku cukup suka tido, pernah cipta rekod kebangsaan malaysia, tido selama 48 jam tanpa henti...( Henti Nafas...) heheheee, memang favorite aku tu..kalau tido.....

5 - Aku tak suka kalau perempuan ke..lelaki ke...kalau cakap dgn aku dia suka nak duduk rapat2, aku memang x suka...rasa rimas...dan semcam jer...
6- Dan yg terakhir ni memang best, kalau korang nak tau, aku ni memang jenis lelaki pemalu, malu dgn org yg aku x kenal, susah nak rapat ngan aku ni, contoh kalau perempuan nk ajak aku bercakap, aku rasa macam nak demam jer, seram sejuk badan aku, kalau dia rapat...aku boleh pengsan la gamak nya...................tapi kalau malu2 pun nak juga kawan.....hehehee


Maka, adalah bahawasanya disini, dengan sukacitanya dimaklumkan dan diisytiharkan yang Ricik telah "TAG" kan untuk memaklumkan semua, 6 perangai pelik mereka ke seluruh pelusuk blog, dan calon2 yg seterunya ialah:-
Sila la membuat tugasan anda...selamat berjaya...


1 - Niezam Phg
2 - Red Mummy
3 - Kassim Selamat
4 - Pezul
5 - Kak Long
6 - Epel Ijau


Rules & Regulations:
Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!

Thursday, March 22, 2007

Satu berita yang menyedihkan: 29 tahun tertukar bayi...


JOHOR BARU: Lapan tahun lalu Zulhaidi Omar perasan seseorang gadis
keturunan Cina sering merenung mukanya di sebuah pasar raya di Batu
Pahat, tempatnya bekerja.

Gadis ini kemudian muncul bersama sepasang suami isteri dan ketiga-tiga
bertemunya. Tanpa disangka mereka rupa-rupanya mempunyai pertalian
darah!

"Mereka datang berjumpa saya tiga kali dan daripada perbualan kami,
mereka yakin saya ini anak mereka. Jadi saya pun bersetuju menjalankan
ujian DNA dan keputusannya mengesahkan bahawa orang tua itu ibu bapa
saya yang sebenarnya.

"Gadis yang sering merenung saya itu rupa-rupanya kakak saya yang
mengesyaki bahawa saya memang adiknya kerana iras wajah saya seakan-akan
muka bapa," kata Zulhaidi, 29, dalam sidang media hari ini.

Keluarga ini mendedahkan rahsia mereka demi mengganti nama Zulhaidi
kepada nama Cina, selain menukar status agamanya di kad pengenalan
daripada Islam kepada Buddha.

"Sebulan kemudian, kami mula rasa hairan kerana bayi itu mempunyai kulit
yang lebih gelap dan tidak berwajah seperti anggota keluarga kami," kata
Teo, di sisinya Zulhaidi (kanan), sewaktu sidang akhbar. (foto The Star)

Sewaktu masih kecil, kata Zulhaidi, dia selalu berasa ganjil apabila
dipermain-mainkan kerana wajahnya yang kelihatan seperti seorang anak
Cina dan tidak kelihatan seperti pasangan Melayu yang membesarkannya.

Apabila umurnya 13 tahun, Zulhaidi mengambil keputusan meninggalkan
keluarga tersebut.

"Bapa saya yang berbangsa Melayu itu meninggalkan kami sewaktu saya
berumur tiga tahun. Ibu saya kemudian bernikah lagi tetapi saya sukar
menyesuaikan diri dengan bapa tiri, jadi saya tinggalkan rumah.

"Bermacam-macam kerja kasar saya lakukan untuk menyara hidup dan
persekolahan, sebagai pelayan kedai dan pencuci kereta," katanya lagi,
kini sebagai seorang eksekutif jualan dengan Diploma Pentadbiran
Perniagaan.

Bapa asalnya Teo Ma Leong, 66, berkata dia mengesyaki anak kelimanya,
lelaki daripada enam beradik, telah tertukar dengan bayi keturunan
Melayu kerana sewaktu Zulhaidi dibesarkan, Teo pula membesarkan seorang
anak lelaki dengan usia yang sama.

Bayi itu dinamakan Teo Tian Fa, kini 29, yang melangsungkan perkahwinan
dengan seorang gadis Cina baru-baru ini tidak pula keberatan menerima
Zulhaidi dalam keluarganya dan dia sendiri tidak berminat mencari ibu
bapa asalnya.

Tambah bapa itu lagi, "kami tidak perasan sebarang perbezaan pada hari
bayi itu dilahirkan tetapi sebulan kemudian, kami mula rasa hairan
kerana bayi itu mempunyai kulit yang lebih gelap dan tidak berwajah
seperti anggota keluarga kami.

"Sewaktu kami memeriksa dengan pihak hospital, kami tidak mendapat
apa-apa jawapan atau penjelasan, jadi kami buat seperti biasa,
membesarkannya seperti anak kami sendiri walau di dalam hati terdetik
bahawa anak kami yang sebenarnya pasti ada di mana-mana," kata Teo, dulu
pernah bekerja sebagai mekanik.

Teo menceritakan bagaimana isterinya Lim Sik Hai, 62, terpaksa melalui
fitnah dan gosip liar masyarakat sekeliling yang menuduhnya melahirkan
seorang anak daripada perhubungan haram tetapi Teo lebih mengenali
pasangannya dan yakin penuh padanya.

"Apabila anak perempuan kami menemui Zulhaidi, saya tahu itulah anak
lelaki kami yang dicari selama ini. Tiga bulan selepas ujian DNA,
Zulhaidi bersetuju tinggal bersama kami," cerita Teo lagi, sambil
menambah anaknya itu mengambil masa enam bulan kemudian untuk memanggil
mereka "ibu" dan "bapa".

Ditanya kenapa keluarga ini mengambil masa lapan tahun sebelum
mendedahkan perkara ini, Zulhaidi berkata mereka telah cuba mendapatkan
khidmat guaman tetapi tidak diendahkan dengan dakwaan "ini kes yang
mustahil".

"Apabila kami membaca di akhbar tentang sidang media Michael Tay, kami
pun meminta bantuannya," tambahnya.

Tay, pengerusi MCA cawangan Bandar Baru Tampoi, berkata beliau akan
menolong keluarga ini menukar identiti Zulhaidi dan membawa kes ini
kepada kerajaan negeri.

Yang Sedih ialah:
1. Bagaimana seorang yang telah Islam selama 29 tahun boleh menerima
mudah agama lain.
2. Ibubapa yang membiarkan anak-anak hingga tiada rasa bersyukur setelah
Islam 29 tahun.
3. Orang bukan Islam bersungguh-sungguh mempertahankan agama dan bangsa
mereka, tetapi orang Islam menghina agama sendiri.

Komen anda bagaimana?

Saya ada meminta kawan yang mengerti bahasa Cina untuk menterjemah
artikel berkenaan Zulhaidi ini yang disiar dalam suratkhabar Cina. Saya
juga ada menggunakan online translator untuk menterjemahkan artikel
online suratkhabar Guang Ming. Menurut artikel tersebut, Zulhaidi sejak
remaja lagi telah teringin makan makanan ala Cina termasuk yang
mengandungi babi dan arak. Oleh itu, walaupun beliau membesar dalam
keluarga Melayu Islam tetapi beliau tetap cenderung kepada naluri
Cinanya. Pada saya, inilah satu contoh jelas di mana keluarga memainkan
peranan penting kerana Zulhaidi hanya seorang bayi apabila dibawa pulang
oleh keluarga Melayu Islam tersebut. Lihatlah apa yang umat Islam
sendiri lakukan kepada anak-anak yang dipertanggungjawabk an kepada
mereka. Hisap dadah, cerai berai dan membiarkan anak-anak mencari makan
sendiri pada usia muda. Allah SWT hendak menunjukkan kepada kita
akibatnya jika umat Islam tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri
dan anak-anak. Lihat sahaja anak Melayu yang tertukar dan menjadi anak
keluarga Cina Teo Ma Leong itu, yang bernama Tian Fa, tidak berminat
mencari keluarga Melayunya yang asal, mungkin sekali kerana keluarga
Cinanya telah menjaganya dengan baik. Semoga kita mengambil pengajaran
daripada kes ini.

Bro Rick Says....
Sesuatu yang jarang berlaku, dan tak mungkin ia tidak akan berlaku...

" HIV " & Airmata.....

Apa yang berlaku pada kisah diatas, didalam akhbar tempatan yang memaparkan " Cinta HIV "
Saya terpanggil untuk merungkaikan kisah benar ini....


Kisah Benar Yang berlaku....pada seorg sahabat saya....

Semalam, semasa break time ditempat kerja aku, aku jumpa la seorg kawan lama, dia kerja lain blok dgn aku, so borak panjang la..actually dia ni bru balik dr cuti, selama 2 minggu, kerana nak menguruskan hal2 adik nya....

Aku cuba lagi mendekati apa yg sebenarnya dimaksudkan dgn hal2 adik nya tu, sebenarnya adik nya meninggal seminggu yg lepas akibat " HIV ", adik nya dulu adalah penagih dadah tegar, masuk keluar pusat serenti tu kira pekara biasa la bg dia,
So 1 day, yg dia dpt tahu adik dia ni da menghidap HIV, sebab adik dia ni da macam mayat hidup, kurus kering macam cicak, asyik sakit jer, makan pun x lalu, muka dia pun da cengkung habis, tinggal mcm tengkorak, jalan pun nk dipapah, aduhai kesian dia kan.

So adik dia ni dimasukkan ke hospital kerajaan korang tahu la bagaimana pihak hospital membuat tafsiran, kalau da teruk hospital hantar balik umah jer la jawab nya, so adik dia ni balik la rumah, dihantar oleh pihak hospital,da x leh nk buat apa, tgk adik nya sendiri pun air mata da mencurah jatuh ketanah, da x kenal sapa lagi, termasuk la abg nya sendiri, kerana otak nya da x berfungsi, makan pun hanya guna tiup melalui hidung, tu pun kadang makan2 kadang tak..setengah gelas susu pun x habis...

So selama 2 minggu, akhirnya.., adik dia ni pun meninggal dunia, semasa dia sesak nafas, nak mengucap pun x sempat...memang kesian waktu tu, hanya dia dan ibu dia ada disisi adik nya semasa dia menghembuskan nafas terakhir nya.

So kalau korang nak tahu, jika jenazah org yg ada HIV ni, mayat nya dimandi dan dikapankan oleh pihak hospital, kita just tggu dan mereka yg akan uruskan semua.
Sesampai jer dirumah, jenazah di bawa ke masjid yg berhampiran dgn rumahnya, lebih menyedihkan, hanya ahli keluarga terdekat jer yang dtg, x sampai sepuluh org, itu pun dipaksa dtg, org kampung??? ehmm...langsung menghilangkan diri mereka, x nampak batang hidung langsung,selepas sembayang jenazah di masjid, mereka bawa pulang kerumah, yang mengangkat jenazah pun adik2 dan abang dia juga, yag lain asyik peluk tubuh...tutup hidung la...pakai kain tutup muka la...mcm2 cara diorg ni...

Semasa nak mencari tapak utk menguburkan jenazah,ramai org kampung datang, mereka semua membuat kacau dan mempersoalkan keadaan jenazah yg mempunyai HIV ni, mereka menyuruh ahli keluarga mereka mencari tapak perkuburan yang jauh dari kubur org kampung lain, hingga ditepi pagar kubur adik nya diltempatkan, memang jauh, terasing, dan hina, mereka datang sampai menuntut agar jenazah itu di kuburkan dgn cepat.

Selepas urusan menguburkan jenazah tersebut selesai, mereka semua balik kerumah, pada malam tersebut mereka membuat bacaan tahlil untuk roh simangsa, tapi hanya enam org yg hadir, semua ahli keluarga mereka juga, org kampung, tok imam, ketua kampung...btg hidung pun tak de...memang mereka semua x da hati perut, tergamak mereka memperlakukkan sedemikian rupa, apakah salah mereka, hanya kerana sebujur jenzah yg telah dikuburkan dan tidak berdosa pada mereka...

Semua barangan adik nya dibakar, tidak boleh disimpan, itu yg disuarakan oleh org kampung, jika tidak mereka akan bakar rumah kawan saya ni,mahu x mahu, kena lah turutkan jua.
lebih menyedihkan, bermacam cacian yang diterima, org kampung nak boikot mereka sekeluarga, supaya meninggalkan kampung tersebut, kerana mereka ( org kampung ), menanggap, mereka ni semua membawa penyakit, memang kolot la mereka ni semua...sedih la kalau diperlakukan macam ni...

So kawan saya, membawa adik dan mak nya berpindah kerumah nya, buat selama-lamanya, kerana org kampung dah x nk tgk muka mereka lagi, sampai nak beli barang kat kedai runcit pun, mereka x nak jual....

Menitis air mata kawan saya ni, saya juga menangis, kesedihan, bayangkan mereka yg x bersalah dan berdosa juga menerima nasib yg serupa dgn adik nya...mungkin balasan akan tiba kelak....tggu dan lihat saja la....

Macam2 hal didunia ni kan, yang baik akan dikenang, yg tak baik sampai mati pun mereka akan simpan didalam otak mereka yang jahat itu...sampai ke anak cucu mereka....sedarlah wahai insani...hidup ini hanya pinjaman semata2 saja....tiada yg kekal sebenarnya.....

JOM CARI² MAKAN







INI SEBAGAI INFO PADA YANG SUKA JALAN-JALAN CARI MAKAN...

Kalau2 u all gi utara dan lalu kat Simpang Taiping... gi ler kejap kat Kuala Sepetang..

Wow Mee Udang iye kau-kau betul... aku dah try dah kat sana... dua kali dah.. cuba try tukar2 kedai & warung...

Rega dia tak ler mahal sangat.. ada 3 kategori


1. RM 8.00 sepinnggan utk udang size mega-mega

2. RM 6.00 sepinggang utk udang size besar.. mcm dlm gambar tuh.. yg aku makan ler.

3. RM 5.00 sepinggan utk udang size sederhana..

Adoi mak oi.. udang dia fresh2 dan lengoh mengopek.. banyak pulak tu..

Info-info ler pada kengkawan...

Bro Rick Says....
Gambar ni dikirim kan oleh seorg sahabat, dia yang membawa ahli keluarga pi makan kat sana, nampak mcm best jer mee udang tu....murah gak kan...

Girl with 2 heads









Bro Rick Says....
Pelik dan Istimewa Kurniaan Tuhan....

Buang bayi fenomena jahiliah moden

SEJAK kebelakangan ini, kes membuang bayi makin berleluasa di mana-mana saja dan ia amat menggemparkan kerana sikap mereka terbabit yang tidak mempunyai belas ihsan dan tanggungjawab.

Bayi yang tidak berdosa ini kebanyakannya adalah hasil daripada perhubungan luar nikah dilakukan pasangan muda.

Al-Quran dan Sunnah acap kali mengingatkan betapa nilai hidup makhluk Allah. Jangankan manusia yang menjejak kaki di persada bumi, janin dalam perut ibu pun walaupun masih pada peringkat proses awal, bahkan binatang dan tumbuh-tumbuhan dilarang untuk dicabut hidup-hidup, kecuali berdasarkan ketentuan yang dibenarkan Allah.

Tanpa rasa belas kasihan, ibu atau pasangan yang terbabit sanggup membuang bayi ke dalam tong sampah, semak, dan di tepi sungai untuk mengelakkan diri mereka dikesan.

Manusia kini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan dalam tindakan.

Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan sah.

Allah Taala berfirman dalam surah asy-Syura ayat 49-50 yang bermaksud: ‘Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang maha mengetahui lagi maha Berkuasa.”

Anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai kepada pasangan manusia yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan yang suci kerana secara fitrahnya berhajat dan mengharapkan kurniaan itu.

Justeru, mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya Al-Quran” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy).

Banyak isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan kita pada zaman sebelum kedatangan Islam iaitu zaman jahiliah. Pada masa itu, mereka membuang bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga.

Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang, jika bayi tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Setiap suami adalah pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya, dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab.” (Riwayat Bukhari).

Baru-baru ini Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menyatakan bahawa kes buang bayi adalah sebanyak 83 tahun lalu, meningkat berbanding 65 kes pada 2000. Selangor mencatat angka tertinggi iaitu 22 kes pada 2000 dan 24 kes pada 2006. Daripada jumlah 83 kes dalam tahun 2006 di seluruh negara, 79 membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat kes pembuangan janin.

Hakikatnya pembuangan dan pembunuhan anak pada zaman jahiliah moden ini bukan kerana takut miskin, tetapi perbuatan keji yang mereka lakukan itu kerana untuk menutup malu menimpa selepas berlaku perzinaan.

Pasangan lelaki dan wanita yang selalu dikaitkan dengan isu pembuangan bayi ini ialah mereka yang tertekan dengan keterlanjuran yang dilakukan terutama melahirkan bayi di luar nikah.

Jika pada zaman jahiliah, mereka membunuh antara lain kerana khuatir anak diperkosa atau berzina, maka pada masa jahiliah moden ini, anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau berzina.

Banyak kajian menunjukkan kehamilan di luar nikah berpunca daripada keseronokan hidup yang berpaksikan kepada kepuasan nafsu seks semata-mata.

Lebih malang lagi, kebanyakan bayi yang dibuang rata-ratanya bangsa Melayu, yang tentunya beragama Islam.

Kita rasa sedih kerana perbuatan jahiliah ini dilakukan oleh umat Islam sendiri yang sepatutnya membangunkan tradisi modal insan dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.

Perbuatan terlarang dan terkutuk ini seolah-olah memberi label buruk kepada umat Islam, walaupun dilakukan oleh segelintir manusia.

Kepada dua golongan wanita ini, kembalilah kepada fitrah hidup manusia yang sebenar. Sudahlah terlanjur membuat dosa sehingga hamil tanpa ikatan perkahwinan menambahkan bilangan dosa dengan menyeksa mental dan fizikal kepada bayi yang dilahirkan dengan membuangnya bagaikan sampah sarap.

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 36 bermaksud: “Tidakkah patut bagi setiap mukmin dan mukminat apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu, ada bagi mereka pilihan lain mengenai urusan mereka.”

Sepatutnya sebagai warga yang hidup di negara berdaulat, amat tidak wajar sama sekali ada yang terbabit dalam kes seperti ini kerana kita tidak lagi hidup pada zaman penjajah yang tertutup daripada ilmu kemanusiaan hingga menagih kefahaman tinggi dalam menginsafi diri sebagai insan dan hamba-Nya. Bahkan peluang terbuka luas kepada mereka memulakan penghidupan baru yang diredhai Allah dengan menghargai anak sebagai kurniaan Allah seterusnya menikmati kebahagiaan hidup di muka bumi Allah ini.

Peranan membendung gejala buang bayi bukan terletak di tangan pihak berkuasa dan jabatan agama saja. Ibu bapa perlu mempastikan pembentukan sahsiah anak menepati ciri-ciri Islam sejati. Budaya hidup bebas dan sekular bukan jawapan untuk melahirkan modal insan terbaik di negara ini.

Bro Rick Says....
Manusia yang tidak ada akal fikiran dan hati budi sesama manusia akan membuat sesuatu diluar pertimbangan sebenarnya, ini la yang disifatkan sebagai manusia yang jahil, mereka sebenarnya buta dari segi mata, hati dan perasaan....

Petua untuk kesihatan badan............

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal
berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan
berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).


Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak
mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan
tak gemuk.


2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya
Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).


3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang
kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening
atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa
dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa
milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg
tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang
berkenaan.



4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan
makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri
akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai
dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi
ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan
balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.


5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak
terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.
(enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)


Wassalam...

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikkan insyaallah tuhan akan mengandakan 10 kali kepadanya.

Bro Rick Says....
Cuma amal kan semua petua yg diberikan, baru tahu berkesan ataupun tidak...
Bagi rick, setiap pg sebelum gosok gigi, rick akan minum segelas air suam dan mandi sebelum pergi ketempat kerja..

Bau mawar perkuat daya ingatan

WASHINGTON: Hidu bau bunga mawar jika mahu daya ingatan yang lebih baik, dakwa penyelidik Jerman, kelmarin.

Pengkaji mendapati, haruman dapat mengaktifkan semula memori baru dalam otak ketika tidur dan sukarelawan kajian itu mengingati perkara sebelumnya dengan lebih baik.

Menulis dalam jurnal Science, saintis itu berkata, kajian mereka menunjukkan bahawa daya ingatan semakin kuat ketika tidur, dan menunjukkan bahawa bau dan kemungkinan rangsangan lain dapat menguatkan laluan pembelajaran otak.

Pensyarah Universiti Lubeck di Jerman, Jan Born, dan rakannya menggunakan 74 sukarelawan yang belajar bermain permainan seperti ‘Concentration’ yang memerlukan mereka mencari pasangan objek atau kad yang sepadan dengan mengalih cuma satu pada satu-satu masa.

Ketika melakukan tugasan itu, ada sukarelawan menghidu bunga mawar dan kemudian tidur dalam tiub MRI.

Fungsi gema imej magnetik digunakan untuk ‘memantau’ otak mereka ketika tidur. Pada pelbagai tahap ketika tidur, pasukan Born mengeluarkan bau bunga mawar yang sama.

Sukarelawan diuji sekali lagi keesokan hari mengenai apa yang dipelajari.

“Selepas tidur dengan bau-bauan, peserta mengingati 97.2 peratus padanan kad yang dipelajari sebelum tidur,” tulis penyelidik.

Bagaimanapun, mereka cuma mengingati 86 peratus padanan kad jika tidak mendapat bau bunga mawar ketika tidur.

Bro Rick Says....
Kalau hidu bunga tahi ayam..agak2 nya macam mana ek??? boleh kuatkan daya ingatan atau tidak..nie yg muskil....heheheheee

Aku Hampir Dirogol (Kisah benar dari US)

Aku Hampir Dirogol (Kisah benar dari US)
Buat Renungan ....


Kisah benar dari US. Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini
telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat).
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya.
Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level 'iman' kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]

Add On...
"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yang sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta di seluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuhMu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka. Amin, ya Rabbal 'Alamin."

Kredit to Shariyusni.sharif@infineon.com

Bro Rick Says....
Teperanjat saya bila membaca cerita ini,pertama kali saya membacanya dan merasa kagum sekali.....dgn kebesaran tuhan..

cerita sedih...renungankan lah...

Kisah Benar Yg Berlaku..

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter
pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai
dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun
ini.

"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup
tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti
dibuat,"beritahu pegawai itu lagi.

"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak
Uwei.berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri
kesayangannya.

Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.
"Pah... oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.
"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.

"Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini
akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak
sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, " cerita
Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.

"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah
tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."
"Betullah Pah oii... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji.
Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera
selewat- lewatnya minggu depan."

"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit,
itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya
dalam seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah
mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja."
Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang
dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.

"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita
berunding," cadang Pak Uwei.
"Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak
elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita
nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju
dengan rancangan Pak Uwei.

"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan
mereka,hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh
lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah
awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan
kita kali ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung
digantungkan kepada anaknya.

"Tapi bang?... "
"Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu
hala. Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak
Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz
menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis
pula di pejabatnya.

Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.
"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan
balik sama?" tanya Balkis.

"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu
ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya?... ," balas Pak Uwei.

Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar
panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu
mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah
malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau
ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah. Masih Pak uwei
ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang
mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka
seperti orang asing.

"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau
sambung belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan
yang hendak bekerja kilang.

"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja
kilang.Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak
Uwei.

"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak
tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL
jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak
bebas macam tu?"

"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja
kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama
aje, pokok pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun
boleh, abah." Intan cuba membuat abahnya faham.

"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba
kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau
ni!"

"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus
terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat
belakang," balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada
abahnya.

"Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi,
pergi... aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?, telangkup
ke?, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil
tahu lagi!!"

Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa
yang Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali
cuti, dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya.
Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.

Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang,
tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai
menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk
berborak di ruang tamu.

"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit," Pak
Uwei memulakan bicara.Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai.
Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta
kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah,"
Pak Uwei mengutarakan hasratnya.

"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje
keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi
bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.

"Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-
lewatnya minggu depan."

"Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling
tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit
simpanan budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.

"Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya
PakUwei melindungi kekecewaannya.

"Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak-
budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli
rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri
Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. "Kamu macam mana
Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila
ada rezeki durian berbuah kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei
berpaling pada Balkis.

"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan
duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat
ni faham ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi."

Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.
"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit
boleh.Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit
pinjaman."

"Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan
sendiri baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan
sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan
Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak
yang diharap-harapkan menghampakannya.

"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi
seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba
meredakan keadaan.

"Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya
tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak
pergi... dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei
bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.
Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak
menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat
sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan
mengecewakannya begitu.

"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan
tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya.

"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil
mencapai kain selendangnya.

"Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.

"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat
ubi kegemarannya. " Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut
anaknya.Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar
membeza-bezakan anak.

Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.
"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?"

"Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."
"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.

"Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising
pula abah tu. Intan pergi dulu."sambil mencium tangan Mak Pah yang
menggeleng kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.

Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati,
membuat anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya
sedang menikmati juadah tengah hari.

"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan
sama.Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api."

"Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak
bertangguh mencapai pinggan.

"Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje
yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum
pahit.Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor
kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang
tamu.Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ," ujar Intan
menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya
kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.

"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa
Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.
Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu
mula menyatu. "Abah ni... ke situ pulak...."

"Habis tu?"

"Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang
ni, resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan.
Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus
lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti."Intan
memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di
tangannya bagai tidak percaya.

"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik
peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali
kecewakan

abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah.
Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak
Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi
bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan.
Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali
abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak
kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai.

Intan harap, abah sudi terima pemberian yang tak seberapa ini dari
Intan,"
tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang
sudah berkedut dimamah usia.

"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu
abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan
tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu
abah,"luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati
anak yang selama ini dimusuhinya.

"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi.
Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan."

"Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan...
,"ujar
Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.
"Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni," Mak
Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.

"Mak ni... ," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.
Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang
datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan
perasaan gembira bercampur hiba.

"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya
memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana
nanti?"

"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang

penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."
"Hah, awak dengar tu... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan
nak membeli-belah, " tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan
dua-beranak itu.

"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya
satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,"
pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei
berpandangan.

Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.

Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak
Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan
telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa
tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan
bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya
bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi
bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.

"Kenapa resah aje ni, bang?" Mak Pah terjaga.
"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak
kita."

"Sabarlah, dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.

Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.

"Mak... abah... ," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian
abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju.

"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau
mencari wajah Intan.

"Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil
mencium tangan Pak Uwei. "Intan pun tak datang juga ke?" Tanya Pak
Uwei terasa hampa.

"Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah." Mak Pah
menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut
suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa
begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya
turut berasa bagai ada yang tak kena.

"Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia
panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia
gelihati."cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil mengerling
Azman yang sedang memandu.

"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,"
balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

"Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah
tu, abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi
dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa
dengan kau Az?"

"Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak
haus,"ajak Azman menukar tajuk perbualan.

"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei.

Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis
meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang
bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.

"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan
ibubapa mentuanya.

"Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?"
Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

"Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.

"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun
memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik
Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah
katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

"Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara
yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi
pintu.

"Sabar abah... ," Muaz menggosok belakang abahnya.

"Kenapa Az... kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari
pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.

"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang
terduduk lemah.
Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus
pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya.
Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam
keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah
tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak
akan mhidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf
segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya.
Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak
"Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah tersedu sedan.

"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak.Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah
sebelum mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba
malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak
boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah
tiba.

Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari
Jumaat mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup
tenang mak,"cerita Muaz.

Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana
Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan
ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak
nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang
Intan mahu, mak dan abah
doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."

Tamat....

Moral cerita ...... buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa
sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta benda hanyalah
sementara berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita
bernyawa.
Renung-renungkan. ....

Bro Rick Says....
Saya amat sedih sekali bila membaca cerita ini, terasa insaf didalam diri dan meratapi apa yg berlaku, sebagai anak, kita sepatutnya rasa bersyukur dgn apa yg ada didunia ini, terutama ibubapa kita, semasa hayatnya kita haruslah menghargai budi baik mereka, jangan abaikan mereka, terutama kehendak dan keperluan mereka.

Jangan sesekali menghancurkan hati ibubapa yang anda sayangi...ingatlah..tanpa mereka kita pasti tiada didunia ini...

Nasib seekor toyol kuning.

Kisah Benar yg berlaku sekarang....

Namaku toyol. Aku adalah seorang makhluk berkepala botak dan amat menakutkan. Kerja aku adalah mencuri wang dari manusia atas arahan tuanku.

Jika tuan aku inginkan wang, dia akan mengarahkan aku mencuri di rumah jiran sekampung ataupun jiran kampung sebelah. Biasanya, aku tak curi kesemua wang. Aku hanya mencuri sebahagian sahaja. Kesian lak aku tengok mangsa aku kalau aku ambil semua. Mereka nak makan apa nanti kan . So, aku ambil sedikit je la.

Dengan berkat ketekunan aku mencuri, tuan aku akan hidup kaya raya dan dilimpahi wang yang banyak. Tuan aku hanya perlu berikan sedikit darah dari ibu jari kakinya sahaja. Tak lebih dari itu.


Tapi itu dulu. Sekarang, kerja aku bukan lagi mencuri wang. Aku sendiri pun tak tahu apa job skop aku sekarang. Nak kata mencuri wang, tuan aku tak pernahpun suruh aku mencuri wang seperti dulu lagi. Nak kata suruh merasuk orang, pun sama. Aku tak pernah pun disuruh rasuk ataupun takutkan budak-budak yang balik dari mengaji. Tuan aku seperti tidak menghiraukan aku lagi. Tapi aku tau, dia masih perlukan aku seperti dulu. Bezanya.....


Aku kini hanyalah digunakan jika tuan aku nak buat call awek die je. Aku kena ikut kemana dia pergi, tak kira dalam lrt ke, dalam jamban ke, dalam lif ke.. semuanya aku kena ikut hatta kedalam hutan sekalipun. Jika aku dulu diberi minum darah, kini aku hanya diberi kad topup sahaja. uhuk uhuk uhuk... apa la nasibku sebagai seekor toyol kuning.



Kredit to Aminuddinkhalid@infineon.com

Bro Rick Says....
Belas Ikhsan Dari " Digi " hehehehehehehee jgn marah...

Our Parents..... Must Read......

A Very beautiful advice.................

A simple man tells how his booking an air ticket for his father, his
first flight, brought emotions and made him realize that how much we
all take for granted when it comes to our parents.
My parents left for our native place on Thursday and we went to the
airport to see them off. In fact, my father had never traveled by air
before, so I just took this opportunity to make him experience the same.
In spite of being asked to book tickets by train, I got them tickets on
lufthansa.

The moment I handed over the tickets to him, he was surprised to see
that I had booked them by air. The excitement was very apparent on his
face, waiting for the time of travel. Just like a school boy, he was
preparing himself on that day and we all went to the airport, right
from using the trolley for his luggage, the baggage check-in and asking
for window seat and waiting restlessly for the security check-in to
happen.

He was thoroughly enjoying himself and I, too, was overcome with joy
watching him experience all these things.

As they were about to go in for the security check-in, he walked up to
me with tears in his eyes and thanked me. He became very emotional and
it was not as if I had done something great but the fact that this meant
a great deal to him.

When he said thanks, I told him there was no need to thank me.

But later, thinking about the entire incident, I looked back at my life.

As a child how many dreams our parents have made come true. Without
understanding the financial situation, we ask for football, dresses,
toys, outings, etc. Irrespective of their affordability,they have
satisfied to all our needs. Did we ever think about the sacrifices they
had to make to accommodate many of our wishes?

Did we ever say thanks for all that they have done for us?

Same way, today when it comes to our children, we always think that we
should put them in a good school. Regardless of the amount of donation,
we will ensure that we will have to give the child the best, theme
parks, toys, etc. But we tend to forget that our parents have sacrificed
a lot for our sake to see us happy, so it is our responsibility to
ensure that their dreams are realized and what they failed to see when
they were young, it is our responsibility to ensure that they
experience all those and their life is complete.

Many times, when my parents had asked me some questions, I have
actually answered back without patience. When my daughter asks me
something, I have been very polite in answering. Now I realize how they
would have felt at those moments.

Let us realize that old age is a second childhood and just as we take
care of our children,the same attention and same care need to be given
to our parents and elders.

Rather than my dad saying thank you to me, I would want to say sorry
for making him wait so long for this small dream. I do realize how much
he has sacrificed for my sake and I will do my best to give the best
possible attention to all their wishes. Just because they are old does
not mean that they will have to give up everything and keep sacrificing
for their grandchildren also. They have wishes, too.

Take care of ur parents.

pls pass on this mail to every child who loves parents and want to love
them more......

Skandal CCTV Lift PA & BOSS



Bro Rick Says....
Memang mengaibkan sebenarnya perbuatan mereka, sehingga video ini tersebar ke seluruh pelusuk dunia, video ini menunjukkan bagaimana seorg PA dan boss sedang bercumbuan mesra didalam lift, mereka tidak sedar yg mereka ini sedang diperhatikan oleh CCTV....akhirnya sapa yang malu??? mereka sendiri la...

Apa pendapat anda???

Macam-macam: Lelaki tidak subur berendam air panas

LONDON: Lelaki yang ingin menjadi bapa perlu mengelak daripada berendam dalam air panas, menurut kajian mengenai kesuburan lelaki.

Projek tiga tahun membabitkan 11 responden mendapati bahawa terdapat kebenaran dalam pandangan lama mengenai mandi air panas bagi prospek kesuburan lelaki.

Lelaki didedahkan kepada keadaan ‘panas basah’ apabila berendam dalam tab panas, jakuzi atau mandi dengan air panas, sekurang-kurangnya sekali seminggu selama 30 minit atau lebih selama tiga bulan.

Saintis mengkaji kuantiti dan kualiti sperma selepas mereka selesai mandi dan mendapati lima daripada 11 lelaki mengalami peningkatan ketara dalam kesuburan. Selepas tiga hingga enam bulan tidak mandi air panas, kadar sperma yang aktif meningkat sehingga lima kali ganda.

Bro Rick Says....
Rick kalau mandi, belasah air sejuk jer...malas nak pakai air panas ni semua...heheheee

Jawab, jangan tak jawab!: 'Berilah saya peluang kedua'



Rosnah Mat Aris akui kesilapan, mohon pertimbangkan semula tindakan gantung setahun daripada muncul dalam program RTM

PERLAHAN suara aktres kontroversi, Rosnah Mat Aris yang kedengaran di corong telefon. Saat dimaklumkan arahan Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin dia digantung bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama setahun, suaranya bertambah lemah.

Lantaran keterlanjuran berbicara, banyak pihak menerima kesannya. Program Sensasi diarahkan supaya dihentikan. Dia sendiri menanggung akibatnya iaitu digantung setahun dari muncul dalam sebarang program RTM, bermula Jumaat lalu.

Ketika dihubungi, Rosnah baru saja menyelesaikan penggambaran drama, Dewi Cinta juga untuk siaran RTM di Johor. Hampir kelu lidahnya. Berulang kali dia memohon supaya RTM mempertimbangkan semula keputusan itu.

“Saya tidak mahu menyalahkan pihak lain. Cuma dalam keadaan ini saya seperti menjadi mangsa. Tetapi perkara sudah berlalu. Saya akui suasana di situ panas tetapi saya langsung tidak mempunyai niat untuk menghina isteri Rasulullah,” katanya.

Perjalanan gelap Rosnah mula menyimbah sedikit cahaya apabila RTM mengeluarkan kenyataan sedia mempertimbangkan rayuan Rosnah jika ia dibuat secara rasmi.

“Saya bersyukur jika RTM bersedia memberi peluang untuk saya membuat rayuan. Itu semua adalah kesilapan dan saya sudah memohon maaf. Saya berharap kementerian akan mempermudahkan hal ini,” katanya.

Hip mendapatkan Rosnah untuk berbicara mengenai hal itu.

Hip: Nampaknya masih ada pihak yang tidak menerima permohonan maaf Rosnah?

Rosnah: Janganlah saya terus dihukum. Saya sudah minta maaf sebaik saja selesai siaran langsung Sensasi. Malah, selama lebih seminggu hampir setiap hari menerusi akhbar saya memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran saya. Saya perlukan pekerjaan untuk mencari makan dan menanggung keluarga. Saya juga ibu tunggal dan tanggungjawab menanggung keluarga tergalas di bahu ini. Allahuakbar! Jika saya terus digantung, saya nak makan apa?

Hip: Apa yang merisaukan Rosnah?

Rosnah: Saya banyak berlakon drama untuk RTM. Rugilah penerbit jika saya digantung. Habislah mereka kerana bukan sedikit modal yang dikeluarkan untuk menghasilkan sesuatu produksi. Saya sendiri tak tahu nak cakap macam mana. Hukuman ini terlalu berat. Saya tertanya sendiri, mengapa hanya saya seorang yang menjadi mangsa. Sedangkan ada pihak lain yang menjadi penyebab kenapa perkara itu terjadi. Saya memang buat silap tetapi bukan sehingga menjatuhkan maruah sendiri. Perkataan itu terkeluar secara tidak sengaja.

Hip: Bagaimana Rosnah menerima hukuman itu?

Rosnah: Mengapa mereka tidak melihatnya dari awal? Saya tahu saya buat silap. Sebab itu habis saja siaran pada 30 Januari itu saya terus meminta maaf. Esoknya sudah keluar. Selama 10 hari itu juga saya memohon maaf. Kenapa mereka tidak lihat semua itu? Saya bersungguh-sungguh memohan ampun. Saya buang ego dan saya juga bukan manusia yang keras kepala hingga enggan melakukan kesilapan sendiri. Sepatutnya mereka menerima keikhlasan permohonan maaf saya. Bila mereka menutup periuk nasi saya ia bukan untuk mencari jalan penyelesaian. Sebaliknya ia menimbulkan masalah lain.

Hip: Ada melihat hukuman itu sebagai pengajaran supaya artis lain lebih berhati-hati apabila memberi kenyataan?

Rosnah: Saya sudah minta maaf dengan ikhlas, kenapa tidak terima? Saya memohon maaf dengan jujur, soal bertaubat bukan boleh dibuat main. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya tetapi mengapa manusia sanggup menghukum saya begini? Saya tidak tahu nak kata apa lagi. Allah saja yang tahu apa yang ada dalam hati saya.

Hip: RTM berkata mereka sedia mempertimbangkan rayuan Rosnah?

Rosnah: Saya bersyukur jika diberi peluang untuk membuat rayuan. Saya juga bersedia melakukan apa saja. Jika saya terus digam, apa yang saya boleh lakukan? Lainlah jika saya ada perniagaan atau sumber pendapatan lain. Tetapi kerja saya hanya berlakon. Saya tidak ada kerja lain. Ada juga orang lain yang berbuat kesilapan besar tetapi kenapa mereka tidak dihukum? Saya bukan menyalahkan orang lain. Saya hanya tersalah pilih perkataan. Saya tak bermaksud untuk menghina isteri Rasulullah. Mungkin kerana pertuturan kita tidak mempunyai titik, koma maka apa yang terkeluar itu dilihat mempersenda isteri Rasulullah. Siapa saya untuk menghina seseorang yang sangat mulia di sisi Allah? Saya ini umpama timun, dibawa ke manapun akan tetap menjadi mangsa.

Hip: Rosnah menyesal keluar dalam program itu?

Rosnah: Untuk apa menyalahkan orang lain? Menyesal memang menyesal, apatah lagi dikecam dan dihukum begini. Tetapi saya ke sana atas jemputan, bukan saya yang minta. Saya datang dengan pintu yang terbuka. Tetapi kenapa apabila dikenakan tindakan, saya yang dihukum? Orang tak tahu pergolakan dalam diri saya ketika itu. Tetapi benda sudah berlaku, saya tidak boleh tarik balik. Cuma saya memohon diberi peluang kedua dan diampunkan atas kesilapan itu.

Hip: Apa tindakan Rosnah untuk menyelesaikan masalah ini?

Rosnah: Alhamdulillah, saya tidak keseorangan apabila ditimpa dugaan. Ada beberapa pihak yang prihatin dan cuba menyelesaikan masalah ini. Saya sendiri tidak akan berdiam diri. Sudah berpuluh tahun saya berlakon, ini mata pencarian utama saya. Saya harap mereka mempertimbangkan segera rayuan yang akan dibuat ini. Janganlah saya dizalimi kerana saya perlu keluar untuk mencari rezeki. Jika digantung bagaimana saya mahu berlakon? Tentu ada produser yang tidak sanggup menanggung kerugian kerana saya seorang.

Hip: Apa yang Rosnah harapkan?

Rosnah: Janganlah melulu buat keputusan. Saya tahu pihak berkenaan hanya menjalankan tugas. Saya tidak salahkan mereka untuk menghukum saya. Cuma saya harap mereka pertimbangkan kenapa jadi begitu. Saya tersalah pilih perkataan, tiada niat pun untuk menghina. Saya tidak mahu hidup dalam kesesatan. Saya cuma mempertikai kenapa perlu ada pihak yang menghina janda tua berkawan dengan orang muda? Salahkah kami?

Hip: Ada minta tolong persatuan?

Rosnah: Saya bimbang juga nanti dikata meminta sedekah. Saya tak mahu perkara ini menjadi besar lagi. Cuma saya ingin memberitahu saya bukan orang yang sombong yang tidak meminta maaf dari awal lagi. Saya tahu saya buat silap, kenapa mereka tidak menerima? Jika saya tidak menyesal saya tidak akan meminta maaf. Tetapi selama lebih seminggu saya berulang kali menyatakan kekesalan. Saya pun tidak mahu jadi begini. Berilah saya peluang. Jika saya mengulangi lagi kesilapan itu, hukumlah saya. Suasana di situ membuatkan saya jadi panas tetapi tulusnya saya tiada niat untuk menghina.

Bro Rick Says.....
Bila da terhantuk, baru nak terngada....

Kawan2 Dari Seberang....

Mimi, Mummy, Ira, Dan Fiza ( Mereka semua dari indonesia ),
Anak kecil tu, anak kepada Amin Karimun.


Bergambar bersama2 sebelum balik ke Jakarta & Filipina....
Rick bersama keretanya....

Bro Rick Says....
Hari isnin yang lalu, rick mengadakan open house sempena tahun baru cina, kedatangan lebih dari jemputan, lebih kurang 600 ratus org....gambar diatas menunjukan, gambar2 kawan2 rick dari seberang, dari Filipina dan Indonesia..mereka datang jauh sempena open house dirumah rick..

Open house bermula sebaik pukul 6.30ptg, hingga berlarutan kemalam, hingga pukul 01.00pg,memang penat dan letih pada hari tu, penuh sesak rumah rick masa tu, sampai keluar kawsan rumah, tapi layanan mesra dari rick dan keluarga diberikan utk mereka,
puas hati...memang puas hati....

Touching story .. MUST READ,MUST READ.

Get out your Kleenex before reading this...
A good reminder: take time to appreciate what you have now.

On the last day before Christmas, I hurried to go to the supermarket to buy the gifts I didn't manage to buy earlier. When I saw all the
people there, I started to complain to myself: 'It is going to take forever here and I still have so many other places to go...'

Christmas really is getting more and more annoying every year.
How I wish I could just lie down, go to sleep and only wake up after it was over.

I started to curse the prices,wondering if kids really play with such expensive toys. While looking in the toy section, I noticed a small boy of about 5 years old
pressing a doll against his chest. He kept on touching the hair of the doll and looked so sad. I wondered who this doll was for.

Then the little boy turned to the old woman next to him: 'Granny, are you sure I don't have enough money?' The old lady replied: 'You know that you don't have enough money to buy this doll, my dear.' Then she asked him to stay here for 5 minutes
while she went to look around.
She left quickly.

The little boy was still holding the doll in his hand.
Finally, I started to walk towards him and asked who he wanted to give this doll to. 'It is the doll that my sister loved most and wanted so much for this Christmas. She was so sure that Santa Claus would bring it to her.' I replied to him that maybe Santa Claus will bring it to her, after all, and not to worry. But he replied to me sadly. 'No, Santa Claus can not bring it to her where she is now.

I have to give the doll to my mother so that she can give it to her when she goes there.' His eyes were so sad while saying this. 'My sister has gone to be with God. Daddy say that Mummy will also go to see God very soon, so I thought that she could bring the doll with her to give it to my sister'. My heart nearly stopped.
The little boy looked up at me and said: 'I told daddy to tell
mummy not to go yet.

I asked him to wait until I come back from the supermarket' Then he showed me a very nice photo of him where he was laughing. He then told me: 'I also want mummy to take this photo with her so that she will not forget me.' 'I love my mummy and I wish she doesn't have to leave me but daddy says that she has to go to be with my little sister' Then he looked again at the doll with sad eyes, very quietly.

I quickly reached for my wallet and took a few bills and said to the boy. What if we checked again, just in case if u have enough money?' 'Ok' he said. 'I hope that I have enough.' I added some of my money to his without him seeing and we started to count it. There was enough for the doll, and even some spare money. The little boy said: 'Thank you God for giving me enough money' then he looked at me and added: 'I asked yesterday before I slept for God to make sure I have enough money to buy this doll so that mummy can give it to my sister. He heard me' 'I also wanted to have enough money to buy a white rose for my mummy, but I didn't dare to ask God too much.

But He gave me enough to buy the doll and the white rose.' 'You know, my mummy loves white roses A few minutes later, the old lady came again and I left with my trolley. I finished my shopping in a totally different state from when I started. I couldn't get the little boy out of my mind. Then I remembered a local newspaper article 2 days ago, which mentioned of a drunk man in a truck who hit a car where there was one young lady and a little girl.

The little girl died right away, and the mother was left in a critical state The family had to decide whether to pull the plug on the life-assisting machine, because the young lady would not be able to get out of the coma. Was this the family of the little boy? Two days after this encounter with the little boy in mind, I read in the newspaper that the young lady had passed away.I couldn't stop myself and went to buy a bunch of white roses and I went to the mortuary where the body of the young woman was exposed for people to see and make last wish before burial.

She was there, in her coffin, holding a beautiful white rose in her hand with the photo of the little boy and the doll placed over her chest. I left the place crying, feeling that my life had been changed forever. The love that this little boy had for his mother and his sister is still, to that day, hard to imagine. And in a fraction of a second, a drunk man had taken all this away from him.

Now you have 2 choices:

1) Send this message to everybody that you know.
2) Or delete it and do as if it never touched your heart.

Bro Rick Says....
If you send this message, maybe you will help prevent someone drunk to go driving.
FRIENDS ARE LIKE ANGELS, WHO HELP US FLY WHEN OUR WINGS HAVE FORGOTTEN HOW TO FLY.